Bintik hitam hilang dalam masa empat minggu

Bintik hitam hilang dalam masa empat minggu

KULIT cerah dan berseri merupakan impian setiap wanita.

Bagaimanapun, kadangkala harapan itu musnah apabila kulit wajah dicemari dengan kehadiran bintik-bintik hitam disebabkan kelebihan produksi melanin yang lazimnya tercetus daripada pendedahan cahaya matahari, penuaan dan perubahan hormon serta faktor-faktor lain.

Justeru, bagi mengatasi masalah berkenaan, Eucerin memperkenalkan set penjagaan wajah baharu Eucerin UltraWHITE+ SPOTLESS yang mengandungi Thiamidol hasil ujian, penyelidikan dan pembangunan intensif di Eucerin Skin Science Lab.

Kandungan bahan aktif tersebut membantu mengurangkan bintik hitam dalam tempoh empat minggu tanpa memerlukan wanita mengeluarkan perbelanjaan menjalani rawatan laser di pusat kecantikan wajah.

Penggunaan Eucerin UltraWHITE+ SPOTLESS secara konsisten selama empat minggu berturut-turut memberikan keberkesanan yang optimum pada kecantikan dan keserian kulit wajah.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *