Berbuka puasa dalam suasana kampung di Hotel Holiday Inn

Berbuka puasa dalam suasana kampung di Hotel Holiday Inn

  • May 21, 2019
  • 0 comments
MASIH mencari lokasi berbuka puasa bersama keluarga? Apa kata Ramadan kali ini anda cuba ke Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur, Shah Alam, Selangor yang menyediakan pelbagai juadah enak yang pasti memikat rasa.

Melalui tema Cita Rasa Desa itu, anda dapat mengimbau dan merasai suasana berbuka puasa umpama berada di kampung halaman sendiri. Manakan tidak, hiasan dan dekorasinya dipenuhi lampu pasti membangkitkan kenangan silam yang indah.

Menariknya, menu-menu yang disediakan juga sinonim dengan kehidupan masyarakat kampung seperti gulai kawah, ikan bakar aroma desa, kambing golek, sate klasik Othman, ayam percik merecik, sup gearbox, bubur lambuk, dodol durian kampung, aneka kerabu dan pencuci mulut yang enak-enak belaka.

Ia pasti membuatkan anda terkenangkan kampung halaman dan sedikit sebanyak dapat melepaskan kerinduan pada kampung halaman yang tercinta. Rugi jika anda tak cuba ya!

Masakan yang enak-enak belaka itu juga dimasak oleh cef-cef yang berpengalaman dan benar-benar mahir dalam menghasilkan masakan kampung yang sebenar.

Cef profesional, Othman Abu Baker yang telah berkecimpung dalam bidang masakan hampir 30 tahun telah diberi tanggungjawab mengetuai pasukan cef pada Ramadan kali ini.

Pada majlis pelancaran bufet Ramadan itu baru-baru ini, pihak hotel mengambil peluang meraikan 35 anak yatim sebagai memenuhi tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

Selebriti terkenal, Datuk Aznil Nawawi turut membuat kemunculan khas bersama beberapa artis terkenal lain seperti Shiha Zikir, Pasha, Nizam Laksamana, Zaim dan Lana Nordin.

Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur

Lokasi: Seksyen U1, Shah Alam

Tema: Cita rasa Desa

Harga: RM148 (dewasa), RM 75 (kanak-kanak) dan RM99 (warga emas)

Konsep Cita Rasa Desa memberi kelainan pada bufet di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur kali ini.

Konsep Cita Rasa Desa memberi kelainan pada bufet di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur kali ini.

Aznil (tengah) bersama anak-anak yatim pada majlis pelancaran bufet Ramadan hotel tersebut baru-baru ini.

Aznil (tengah) bersama anak-anak yatim pada majlis pelancaran bufet Ramadan hotel tersebut baru-baru ini.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge