Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta

Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2015 yang ke-7  telah berlangsung selama empat hari dari 12 hingga 15 Mac 2015 yang lepas di Monumen Alaf Baru Precinct 2, Putrajaya. Acara ini biasanya diadakan setiap tahun dalam bulan tiga. Saat-saat  yang dinantikan oleh setiap pengunjung adalah disaat belon udara panas berlepas satu demi satu memenuhi ruang udara Putrajaya. Kira-kira 300 000 pengunjung telah hadir dan memeriahkan pesta tersebut. Kemeriahan serta keindahan dapat dirasai  dengan warna-warni yang berterbangan di udara diselangi awan dan pemandangan indah bangunan serta pusat membeli-belah Putrajaya. Antaranya ialah Alamanda Putrajaya, Masjid Putra, Intelligent Garden City dan Cruise Tasik Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dari seawal pagi hingga malam antaranya ialah ‘Meet & Greet Session with the Ballonist’ , ‘Hot Air Balloon Show’, ‘Night Glow’ dan yang paling direbutkan oleh setiap pengunjung adalah ‘Tethered Hot Air Balloon Rides’. Bayaran RM20 dikenakan untuk menaiki belon udara panas tersebut dan ramai pengunjung yang datang seawal pagi untuk mendapatkan tiket tersebut kerana ianya adalah terhad.

Difahamkan terdapat 17 belon udara panas yang mengambil bahagian pada kali ini iaitu dari pelbagai negara yang dipandu oleh 11 balloonist. Pelbagai bentuk belon yang dipamerkan pada tahun ini antaranya ialah Van Gogh yang dibawa oleh Ton Rentier dari Holland dan Humpty Dumpty dibawa oleh Gary Moore dari Amerika Syarikat. Acara tahunan ini dikendalikan oleh AKA Balloon Sdn.Bhd dan Perbankan Putrajaya (PPj).


 

Instagram  : #myballoonfiesta

Laman web: www.myballoonfiesta.com

IMG_8995

Belon orang menunggang motosikal dari UK adalah belon yang mencuri tumpuan ramai orang kerana keunikan bentuknya. Saiznya juga dikatakan antara belon yang terbesar di dunia. ( 6 th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2014)

IMG_9028

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *