Beli motosikal baru atau terpakai?

Beli motosikal baru atau terpakai?

BAGI peminat ‘kuda besi’ pasti anda pernah tiba-tiba jatuh cinta dengan jenis motosikal tertentu dan merasa ‘terpaksa’ memilikinya.

Kadangkala kehendak mahu memiliki sesebuah motosikal itu juga tidak hanya terhadap model yang baharu berada di pasaran, tetapi juga yang sudah terpakai.

Jika hendak memiliki model terpakai itu pula alasan biasanya disebabkan tiada motosikal lain selainnya daripada yang anda ingin memiliki. Tambahan jika model atau varian yang terhad. Tapi harganya… wah! boleh tahan.

Nasihat Sinar Turbo, bagi mereka yang hendak memiliki motosikal terpakai dengan ciri demikian agar jangan anda melakukannya.

Apa? Mengapa? Jawapannya bukan kerana Sinar Turbo mahu melemahkan semangat atau menghancurkan impian anda.

Terdapat tiga sebab utama mengapa motosikal pertama anda sepatutnya dipilih lebih murah dan baharu, tetapi masih memenuhi kriteria ‘mesra’ buat anda sebagai pemiliknya.

Pertama: Ingat bagaimana anda perlu bertanya kepada diri sendiri apa yang anda mahu lakukan dengan motosikal yang dimiliki?

Apa yang harus dalam fikiran anda ialah motosikal impian itu mungkin tidak menjadi kenderaan impian selepas setahun menunggang.

Jika beli motosikal baharu yang mahal ia, pastinya tidak dapat lari daripada dilanda lebih banyak pada susut nilai apabila anda menjualnya, sebelum membeli jenis baharu yang ingin anda miliki.

Kedua, mungkin tidak sah jika anda tidak terjatuh dari motosikal semasa ‘pembelajaran’ dengan motosikal baharu. Jika ia adalah motosikal impian baharu yang indah, anda akan menjadi lebih sedih dengan kesan pada badan motosikal itu. Berbeza sekiranya motosikal yang dibeli murah dan sudah digunakan.

Ketiga, selalu ada dalam fikiran bahawa terdapat kemungkinan motosikal yang ingin dimiliki bukan milik anda selamanya. Hal ini mungkin mengurangkan rasa tertekan jika menghabiskan banyak wang melabur untuk memilikinya. Bermaksud fikiran anda sudah ‘nampak’ dan ‘diset’ risiko seumpamanya. Jadi tidaklah terlalu kecewa!

Buat peminat motosikal, anda harus tahu bahawa motosikal yang anda suka tidak akan menjadi motosikal pertama, malah mungkin bukan satu-satunya yang akan anda beli.

Malahan jika berkemampuan pastinya anda ingin membeli semua jenis motosikal yang berbeza merasai pelbagai jenis pengalaman menunggang. Anda tidak akan berhenti dengan apa yang biasa anda fikirkan mengenai motosikal impian anda.

Apa pun ramai juga yang percaya bahawa rancangan terbaik adalah untuk membeli motosikal terpakai, menunggangnya selama setahun, mengetahui apa yang menarik mengenau motosikal itu, membina kemahiran menunggang dengan beberapa ‘ilmu’ berterusan dan kemudian membeli motosikal yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Ada kemungkinan tidak lama kemudian anda pula akan menjualkan semula motosikal yang digunakan itu kepada pemilik baharu yang lain. Pastinya kitaran sama sentiasa ‘berjalan’.

Itu hanya kemungkinan-kemungkinan bakal didepani oleh seseorang peminat motosikal. Justeru, beli baru atau terpakai, terpulang anda!



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *