Jerawat bukan masalah serius, namun bencolan kecil itu mampu merosakkan penampilan terutama jika tumbuh pada wajah. HARUS disedari masalah jerawat tidak berlaku pada zaman remaja sahaja. Tidak terhad kepada peringkat umur, walau ketika mencecah 40-an. Sedikit perbezaan antara lelaki dan perempuan ketika diserang jerawat. – Lelaki lebih cenderung memiliki jerawat untuk tempoh yang lama dan kesan luka jerawat kekal. – Bagi perempuan, akan mendapat jerawat berulang kali, namun tidak kekal. Ini kerana perubahan hormon dan juga penggunaan alat kosmetik. Berikut ialah petua merawat jerawat: 1. Kulit sentiasa bersih Membersih kulit wajah mestilah secara teratur bagi memastikan kulit sihat dan bersih. 2. Jangan kerap mengambil makanan bersusu Daripada hasil penyelidikan Journal of American Academy of Dermatology, pengambilan produk bersusu akan meningkatkan penghasilan minyak pada kelenjar dan tersumbat mencetuskan jerawat. 3. Elak merokok Merokok akan mencetuskan pengeluaran sebatian kimia dalam badan yang dipanggil radikal bebas. Ia akan membuatkan tubuh menghasilkan protein yang menyebabkan keradangan atau sitokin. Molekul ini memainkan peranan dalam fasa awal jerawat. 4. Kebersihan alat pencukur Sentiasa beri perhatian kepada kebersihan alat pencukur yang digunakan. Termasuk produk cukuran/aftershave. Bercukur boleh mencetuskan jerawat dipanggil barbae folliculitis (bencolan kecil berwarna merah). 5. Berhati-hati memilih produk Jerawat turut boleh berlaku disebabkan oleh penggunaan produk kosmetik. Elakkan produk yang mengandungi alkohol kerana ia boleh mencetuskan jerawat. Pilih produk yang membersih pori-pori muka yang mengandungi carnitine dan ekstrak buah-buahan. 6. Bersihkan telefon bimbit Salah satu punca kuman pada kulit apabila guna telefon bimbit terlalu lama pada muka. Penyelesaiannya gunakan fon telinga dan rajin membersihkan telefon bimbit sebelum digunakan. Sumber Post navigation Apabila kejahatan dibalas kebaikan… Perodua santuni anak-anak Al-Yakin