Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • CONCERT
  • “Bayar Separuh Dulu, Rock Sampai Pecah!” Rockology Concert Tour 2025 Perkenal Pelan Pembayaran Mudah untuk Peminat Sejati
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Music

“Bayar Separuh Dulu, Rock Sampai Pecah!” Rockology Concert Tour 2025 Perkenal Pelan Pembayaran Mudah untuk Peminat Sejati

Helmi Aziz May 29, 2025 2 minutes read
TRIO NEW 2

Konsert paling epik tahun ini, Rockology Concert Tour 2025, kini tampil dengan pelan pembayaran mudah untuk para peminat rock tempatan! Dengan hanya bayaran pendahuluan sebanyak 50%, peminat sudah boleh ‘lock’ tempat duduk pilihan mereka, dan baki boleh dilunaskan selewat-lewatnya tujuh (7) hari sebelum konsert berlangsung.

Inisiatif ini diperkenalkan khusus bagi memberikan lebih fleksibiliti kepada peminat muzik rock dalam menguruskan bajet hiburan mereka, terutama melibatkan konsert berskala besar yang menampilkan lagenda rock tanah air seperti Dato’ Awie dan Search (Kid & Din) yang dijangka menggegarkan pentas sepanjang siri jelajah ini.

“Rock adalah milik semua. Kami mahu peminat dapat menempah tempat mereka awal tanpa tekanan kewangan, dan menikmati persembahan ikonik daripada dua nama besar ini. Kami amat memahami cabaran ekonomi semasa dan mahu memberi peluang kepada lebih ramai peminat untuk bersama-sama dalam gelombang rock ini,” kata Dato’ Eddy, Pengarah RPM Events Sdn. Bhd., penganjur Rockology Concert Tour 2025.

Peminat boleh memilih opsyen bayaran 50/50 semasa membeli tiket di laman rasmi UberTickets. Namun begitu, jika bayaran penuh tidak diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan, tempahan akan dibatalkan secara automatik dan bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan.

Siri jelajah ini bakal membuka tirai di Midtown PERDA, Pulau Pinang pada 21 Jun 2025, sebelum menuju ke EduCity Sports Complex, Johor pada 5 Julai 2025. Setiap lokasi dijanjikan dengan pengalaman muzik rock yang penuh tenaga, nostalgia dan kekuatan sebenar muzik rock Malaysia.

Dalam masa yang sama, pihak penganjur turut membuka peluang kerjasama kepada syarikat korporat dan jenama tempatan untuk menjadi penaja rasmi konsert. Penajaan bukan sekadar memberikan pendedahan kepada ribuan pengunjung, malah membuka ruang kolaborasi dalam bentuk promosi bersama, aktiviti jenama di lokasi serta liputan media menyeluruh.

“Ini adalah peluang keemasan untuk mana-mana jenama yang ingin terlibat secara langsung dalam penganjuran konsert berskala nasional bersama ikon rock negara. Kami sedia berbincang dengan mana-mana pihak yang ingin menyokong industri hiburan tempatan. Ini bukan sekadar konsert – ini adalah pergerakan dengan semangat rebel dan tenaga rock yang luar biasa,” tambah Dato’ Eddy lagi.

Rockology Concert Tour 2025 dijangka meledakkan suasana dengan produksi pentas berteknologi tinggi, sistem bunyi bertaraf dunia dan persembahan bertenaga tanpa kompromi.

Harga Tiket:

Rockology Concert Tour 2025 – Pulau Pinang

  • Free Standing – RM98
  • Rockzone (Standing) – RM158
  • Gold (Seated) – RM218

Rockology Concert Tour 2025 – Johor

  • Free Standing – RM98
  • Bronze (Free Seating) – RM98
  • Silver (Free Seating) – RM128
  • Rockzone (Standing) – RM158
  • Gold (Numbered Seating) – RM188
  • Diamond (Numbered Seating) – RM350

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari:
👉 https://rpm.ubertickets.asia/

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Filem Seram Psikologi “LAKNAT” Dedah Tipu Daya Iblis dan Kecelakaan Manusia Terpedaya
Next: ASM LANCAR PROSPEKTUS MENJELANG PENYENARAIAN DI PASARAN ACE, SASAR RAIH RM21.82 JUTA

Related Stories

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.