Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bantuan kepada sesiapa boleh diberikan dengan pelbagai cara
  • ATTRACTION

Bantuan kepada sesiapa boleh diberikan dengan pelbagai cara

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
490855.jpg

APABILA bercakap tentang doa, ramai yang ingat berdoa hanyalah untuk kebaikan diri kita dan orang-orang di sekeliling kita.

Benar, kita digalakkan untuk berdoa memohon apa sahaja kepada ALLAH SWT.

Jika permohonan kita diluluskan, maka apa yang dihajatkan dalam doa tadi akan dimakbulkan Sang Pencipta.

Namun, ramai yang barangkali terlupa bahawa berdoa juga merupakan salah satu bentuk bantuan yang kita boleh hulurkan kepada mereka yang memerlukan.

Adakalanya kita mungkin tidak mampu membantu dari segi kewangan mahupun tenaga apabila mereka memerlukan pertolongan, maka dengan doalah kita boleh membantu mereka.

Bagaimana jika orang yang ditimpa kesusahan itu berada jauh daripada kita seperti yang berlaku ke atas rakyat Palestin dan Syria?

Barangkali untuk membantu dari segi kewangan tiada masalah kerana banyak tabung ditubuhkan untuk membantu mereka.

Dari segi tenaga, mungkin agak sukar untuk negara terbabit, namun berdoa sebenarnya juga dikira sebagai satu bentuk bantuan.

Mungkin ada yang beranggapan benarkah doa sahaja boleh membantu meringankan beban yang ditanggung mereka?

Hakikatnya, Rasulullah SAW sendiri melakukan perkara sedemikian sekiranya baginda tidak mampu membantu orang yang mendapat musibah dengan tulang empat keratnya.

Ini kerana doa merupakan satu-satunya ‘senjata’ orang Mukmin yang boleh mengubah keadaan jika diizinkan oleh ALLAH SWT.

Pada suatu hari, ada seorang hamba ALLAH mendapati satu dahan pokok yang merentasi laluan orang ramai.

Dia pun bertekad: “Demi ALLAH, aku akan mengalihkannya supaya tidak menyakitkan (mengganggu) orang Islam. Hasilnya dia dimasukkan ke syurga kerana amalannya itu.” (Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu memandang remeh terhadap kebaikan sekalipun hanya dengan kamu menuang air baldi ke dalam bekas orang yang meminta minuman. Ataupun hanya ketika kamu bertemu rakan kamu, kamu tersenyum kepadanya.” (Riwayat Bukhari)

Hadis itu jelas menganjurkan kita supaya meringankan tulang untuk membantu mereka yang mengalami musibah atau kesulitan.

Jika ia berlaku di hadapan mata kita, ada baiknya kita menghulurkan tenaga.

Bagaimanapun, jika berada jauh, bantulah dari segi kewangan, namun sekiranya tidak mampu juga, sekurang-kurangnya berdoalah kepada ALLAH SWT supaya orang yang ditimpa musibah dipermudahkan segala urusannya.

Dengan doa daripada ramai orang, mungkin ALLAH SWT akan mengabulkannya.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: BMW X3 tampil dengan pakej M Sport
Next: Nilai besar sekeping hati, kos pembedahan bukan kepalang

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.