Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun
  • ATTRACTION

Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun

Helmi Aziz November 24, 2023 (Last updated: November 24, 2023) 2 minutes read

A.C.A.B akan menyambut ulang tahunnya yang ke-30 pada tahun 2024. Eastern Oi!, para perintis, telah mendedikasikan diri mereka untuk menjayakan pelbagai persembahan pentas sepanjang tahun 2023 sebelum mencapai angka penting itu. Persembahan istimewa bertajuk ‘Bangun’ akan menyambut tahun baharu, memperingati satu-satunya album mereka sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Bangun Showcase 2023 anjuran A.C.A.B Productions ini bakal berlangsung pada 3 Disember 2023, Ahad di Bentley Music Auditorium, Mutiara Damansara, Petaling Jaya mulai jam 3 petang. Turut memeriahkan showcase ini adalah band-band generasi baharu Oi! dan Punk iaitu The Hard Crop’s (Kuala Lumpur), Zero One Heroes (Johor), Incase (Kuala Lumpur), The Murphys (Melaka), Combination 69 (Kuala Lumpur), The Boicott (Perak), Oi! Frequency (Selangor) dan juga set DJ daripada Soul Boss (Kuala Lumpur).

Bangun Showcase 2023 akan menyaksikan A.C.A.B memainkan set penuh daripada album Bangun. Sebahagian daripada trek-trek album ini tidak pernah dipersembahkan secara langsung, jadi ini adalah peluang yang dinanti-nantikan oleh peminat-peminat tegar A.C.A.B kembali mengenang nostalgia sewaktu album groundbreaking ini dikeluarkan.

Album Bangun merupakan evolusi sound A.C.A.B yang menjejak ke arah Heavy Metal Melayu yang digaul pekat dengan stail Eastern Oi!, menjadikannya sebuah gamechanging move untuk scene Oi! dan Punk tempatan sewaktu itu. Bangun adalah album yang bermelodik dan agresif pada masa yang sama seterusnya membuka mata kepada lebih ramai pendengar baharu.

Max Mohammad, vokalis/gitaris A.C.A.B teruja menceritakan, “Aku dan A.C.A.B tak sabar nak mainkan Bangun in its entirety buat kali pertama kepada peminat semua. Masa album ni keluar pada 2004, aku dah ke UK sambung belajar dan Bangun tak sempat nak dipromosikan. Tapi tetap juga dapat sambutan hangat. Sempena A.C.A.B nak jejak 30 tahun next year, kami nak raikannya bersama peminat-peminat dengan memainkan album Bangun secara live dan make it a history for everyone! ”

Sehingga kini, tiket Early Bird telah licin disambar. Tiket presale masih boleh didapati berharga RM80 dan juga pembelian secara walk-in pada hari show berharga RM99.

Tempahan/pembelian tiket boleh dibuat melalui https://acab.ubertickets.asia/ . Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke 0196955634 melalui Whatsapp.

Jumpa di sana! Zigger Zagger, Oi!

A.C.A.B adalah

Vokal/Gitar: Max Mohammad

Gitar: Edy J. Herwan

Dram: Zeezul Fitri

Bass: Anas Md Noor

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ringgit kukuh berbanding mata wang utama lain
Next: Indeks Pelopor Malaysia bertambah baik pada September

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”
  • Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries
  • World-Class Sound Hits Johor: Audience Lab Soundtech Secures Strategic Deal with France’s NEXO
  • Visa Perkenal Agentic Ready di Malaysia Bersama Bank Tempatan bagi Memperkasa Pembayaran Berasaskan AI

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.