Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Apabila anak hamil luar nikah ketika berada di luar negara…
  • ATTRACTION

Apabila anak hamil luar nikah ketika berada di luar negara…

Helmi Aziz March 6, 2019 2 minutes read
213082.jpg

BARU-BARU ini, pendakwah, Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid menitipkan pesanan buat perempuan yang sedang mengandungkan anak tidak sah taraf sebelum mereka mengambil sebarang tindakan.

Dalam ciapan di Twitter miliknya, beliau berpesan: “Anak-anak, percayalah..Marah macam mana pun ayah ibu, mereka tetap akan maafkan kita. Terima kita segalanya. Walau besar mana pun kesalahan kita. Ibu takkan biarkan anak yang lahir dari rahimnya kesusahan seorang diri.”

Beliau berkata demikian bagi mengulas panggilan telefon yang diterima daripada seorang ibu yang bergalau tatkala anak perempuannya sendiri yang berada di luar negara hamil anak luar nikah.

Menurutnya, walaupun kita lakukan satu dosa besar, jangan ditambah lagi dengan dosa yang lain.

Ciapan di Twitter Ustaz Bakhtiar Fitri yang menasihatkan wanita hamil anak tidak sah taraf agar bertaubat dan tidak menambah dosa lain.

Ciapan di Twitter Ustaz Bakhtiar Fitri yang menasihatkan wanita hamil anak tidak sah taraf agar bertaubat dan tidak menambah dosa lain.

“Pandanglah ke langit ke laut, betapa luasnya alam ciptaan ALLAH. Namun, pengampunan ALLAH lebih luas lagi asalkan bertaubat.

“Cuma jangan ambil kesempatan dengan kebaikan ALLAH dan ayah ibu,” ujar beliau.

Jika dalam situasi ini, sebagai anak, apa yang patut kita lakukan? Jawab Bakhtiar Fitri: “Bertaubat sungguh-sungguh. Ubah diri dan sikap. Jadi yang lebih baik. Taubat sungguh pada ALLAH. Menangis dan pohonlah ampun. Cuba jangan ulang kesilapan. Dapatkan bantuan orang terbaik yang boleh membantu kita selesaikan masalah. Bukan dengan orang yang salah.”

Tambah beliau: “Jika takut hendak berterus terang dengan ibu ayah, mintalah bantuan orang yang ayah ibu hormati untuk bantu kita. Minta maaf dengan ibu ayah bersungguh-sungguh. Doa banyak-banyak agar ALLAH lembutkan hati ibu ayah. Bergaullah dengan kawan-kawan yang beriman yang boleh bimbing kita taat kepada ALLAH.”

Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan berdoalah kepada ALLAH. -GAMBAR HIASAN.

Bertaubatlah bersungguh-sungguh dan berdoalah kepada ALLAH. -GAMBAR HIASAN.

Kepada kawan-kawan, Bakhtiar Fitri berpesan, sokonglah individu itu untuk menjadi lebih baik kerana golongan ini memerlukan kawan baik yang membantu masalah dengan cara betul, bukan mengikut hawa nafsu.

“Jangan kecam, jangan seksa lagi emosi dan mental dia. Bagi ruang untuk dia bercerita dan memohon maaf.

“Yang sangat menakutkan, disebabkan kecaman, kutukan yang terlalu dahsyat, akhirnya dia mengambil keputusan gugurkan anak yang tidak berdosa. Dan ingat betul-betul, jika itu yang dia lakukan, kita adalah salah seorang penyumbang saham dosa yang dia lakukan. Jadilah orang yang soleh dan muslih,” pesannya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Proton catat 5,283 pendaftaran bagi Februari
Next: Mahligai cinta yang dibina musnah selepas 3 bulan kahwin

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.