Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Mayat jadi berat jika berbaring ketika azan?
  • ATTRACTION

Mayat jadi berat jika berbaring ketika azan?

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
1573813807_492071.jpg

“JANGAN baring masa tengah azan. Nanti mayat kita berat kalau buat begitu.”

Kata-kata itu seringkali kita dengar daripada orang di sekeliling kita, bukan?

Malah, kanak-kanak kecil juga lancar menuturkan ayat-ayat itu kepada rakannya tatkala laungan azan berkumandang.

Persoalannya, benarkah ada nas yang menyatakan tentang larangan baring semasa azan? Benarkah mayat kita akan menjadi berat apabila berbaring semasa azan?

Sebelum merungkaikan tanda tanya berkenaan, kita perlu fahami terlebih dahulu apakah itu azan?

Azan merupakan antara syiar Islam agung yang tidak boleh diabaikan oleh umat Islam.

Ia dilaungkan pada setiap kali solat fardu dan kalimah-kalimah yang terdapat di dalamnya itu mengajak umat Islam supaya menghayati Tauhid dan menyeru agar kita segera menunaikan solat.

Azan juga sebenarnya mengajak kita agar bersama-sama menuju kejayaan di dunia dan di akhirat.

Dalam sebuah hadis, memang ada riwayat yang menyebut supaya bangun ketika mendengar laungan azan.

Namun, ia merupakan hadis palsu kerana sanad hadis itu terdapat seorang perawi yang dihukum sebagai pendusta oleh kebanyakan ulama.

Bukan itu sahaja, semua hadis yang menyatakan bahawa sesiapa yang berbaring ketika azan, mayatnya menjadi berat adalah hadis palsu.

Perkara itu telah dinyatakan oleh Sheikh Ali Al-Halabi ketika beliau diajukan soalan berkenaan hadis-hadis berkenaan.

Meskipun begitu, janganlah kita lalai untuk menjawab azan yang dilaungkan.

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Jika kalian mendengar seruan azan maka katakanlah seperti mana yang dikatakan oleh tukang azan.” (Riwayat al-Bukhari)

Sebaik sahaja mendengar laungan azan itu, buatlah persiapan untuk segera ke masjid atau surau berdekatan untuk menunaikan solat berjemaah yang mempunyai banyak kelebihannya.

Antara kelebihan yang disebutkan Rasulullah SAW disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA.

Baginda SAW bersabda: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwuduk dan sebagainya) kemudian dia berjalan menuju ke mana-mana rumah ALLAH (masjid atau surau) untuk menunaikan kefarduan yang telah diwajibkan oleh ALLAH, maka salah satu langkahnya akan menghapuskan dosa dan langkah yang lain akan menaikkan darjatnya.” (Riwayat Muslim)

Ingat ya, meskipun hadis mayat akan jadi berat jika berbaring ketika azan tiada, kita perlu meninggalkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menyahut seruan ALLAH SWT.

Sesungguhnya kita semua diciptakan oleh ALLAH SWT dan kepada-NYA juga kita akan dikembalikan.

Apalah salahnya kita menunaikan apa yang diperintahkan-NYA untuk menunaikan solat pada waktunya.

(Sumber: Irsyad al-Hadith Siri ke-399: Adakah Mayat Akan Menjadi Berat Jika Semasa Hidup Suka Berbaring Semasa Mendengar Azan, Laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cara mudah jaga hardware komputer peribadi
Next: Shirota strain kurangkan risiko kanser payudara

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.