Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Surah al-Kahfi benteng fitnah akhir zaman
  • ATTRACTION

Surah al-Kahfi benteng fitnah akhir zaman

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
445487.jpg
KUALA TERENGGANU – Umat Islam digalakkan untuk menjadikan bacaan surah al-Kahfi sebagai amalan pada setiap Jumaat kerana ia mengandungi kisah dan iktibar serta sebagai benteng menghadapi fitnah dan ujian pada akhir zaman.

Pengetua Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Wan Muhammad Mizan Wan Abdul Latiff berkata, pengajaran daripada surah itu juga perlu dijadikan iktibar sebagai langkah memelihara diri, mengukuhkan iman dan berjaga-jaga dalam menghadapi ujian serta fitnah dunia.

“Dunia hari ini berada pada zaman fitnah yang melata dan terlalu banyak peristiwa yang berlaku dengan tempiasnya turut terkena pada negara kita.

“Kita harap masyarakat dapat menjadikan surah al-Kahfi sebagai amalan kerana galakan untuk membaca surah ini ada disebut dalam hadis-hadis sahih Rasulullah SAW khususnya menghadapi fitnah dajal dan menghadapi cabaran serta ujian akhir zaman,” katanya.

Beliau yang juga selaku pentadabbur surah al-Kahfi pada program Malaysia #QuranHour di Rumah Ngaji Darul Hijrah berkata, antara pengisian tadabbur surah itu ialah mensyukuri nikmat kemerdekaan dikurniakan ALLAH SWT.

Jalur Gemilang turut menjadi tema sempena sambutan Hari Kemerdekaan dalam program Malaysia #QuranHour di Rumah Ngaji Darul Hijrah, Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Chendering di sini.

Jalur Gemilang turut menjadi tema sempena sambutan Hari Kemerdekaan dalam program Malaysia #QuranHour di Rumah Ngaji Darul Hijrah, Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Darul Hijrah, Chendering di sini.

“Erti kemerdekaan sebenar ialah ketika umat Islam dapat beramal dengan seluruh ajaran Islam dan dapat meninggikan kalimah dan agama ALLAH SWT dalam negara dengan mensyukuri dan menjaga asas-asas perpaduan sedia ada dalam rangka perlembagaan negara.

“Kita membina semangat Malaysia dalam kalangan kita umat Islam dengan menghormati kepelbagaian kaum dan agama di negara kita bagi mengelak berlakunya perpecahan,” katanya.

Sementara itu, Koordinator Malaysia #QuranHour, Noor Azilah Ahmad berkata, seramai 200 peserta termasuk 97 pelajar madrasah itu menyertai program berkenaan.

Katanya, kemuncak program selama hampir dua jam setengah itu dirasai ketika alunan bacaan surah al-Kahfi yang diketuai Syeikh Omar Sadiq Muhammad Amin iaitu qari dari Iraq serta merupakan tenaga pengajar di madrasah berkenaan.

“Ini adalah program kali kedua diadakan di madrasah ini dan sambutan kali ini kita adakan dalam skala lebih besar berbanding tahun lalu.

“Kali ini, program ini dimulai dengan perbarisan sempena kemerdekaan jam 10 pagi oleh pelajar-pelajar madrasah. Kita turut menjemput anggota daripada Balai Polis Chendering untuk turut sama dalam program ini,” katanya.

Malaysia #QuranHour yang memasuki edisi kelima penganjurannya akan berlangsung hari ini dengan membawa tema ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’.

Tahun ini, surah al-Kahfi dipilih sebagai surah tema seiring dengan panduan untuk menghadapi cabaran akhir zaman.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Cara mudah, murah wangikan kenderaan
Next: Kimono moden sentuhan Nik Erwan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.