Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Dulu pengutip sampah kini jutawan, apa rahsia Azlan?
  • ATTRACTION

Dulu pengutip sampah kini jutawan, apa rahsia Azlan?

Helmi Aziz November 14, 2019 4 minutes read
472971.jpg
SHAH ALAM – “Jadikan kemiskinan sebagai motivasi, jadikan kekayaan sebagai inspirasi. Apabila memperoleh rezeki, kita perlu bersyukur dan berbuat kebajikan dengan hidup berbakti.”

Demikian kata ikon usahawan muda, Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 32, yang kini kisah hidupnya dibukukan dengan tajuk ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’.

Peneraju syarikat Azlan Al Amin Properties Sdn Bhd itu turut bersyukur apabila kisah pengalaman hidupnya yang berasal dari keluarga miskin tegar, namun kini bergelar jutawan telah menjadi inspirasi kepada orang lain.

“Kita perlu sedar keberkatan, kesempitan atau kemurahan rezeki bergantung kepada hubungan kita dengan ALLAH. Jika kita ada masalah hubungan dengan ALLAH, rezeki sempit.

“Sebagai manusia, kita tidak pernah sunyi daripada kesilapan dan kelemahan, namun ALLAH melihat bagaimana kita mengubah kesilapan dan mengatasi kelemahan itu dengan bertindak untuk menjadi lebih baik dan memperbaiki kekurangan itu agar lebih cemerlang,” katanya ketika dihubungi penulis.

Mohamad Azlan berkata, antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu melalui fasa kehidupan yang sukar adalah apabila beliau menjadi pengutip sampah di bawah syarikat kontraktor pembersihan selama 6 bulan di Kem TUDM Gong Kedak, Pasir Putih, Kelantan pada 2005.

Mohamad Azlan berkongsi rezeki dengan menaja pembinaan madrasah dan surau tahfiz.

Mohamad Azlan berkongsi rezeki dengan menaja pembinaan madrasah dan surau tahfiz.

“Ketika itu, saya selalu membawa balik makanan kurang elok yang diasingkan untuk dibuang di kantin Kem TUDM tetapi masih boleh dimakan seperti ayam dan ikan untuk keluarga. Suatu hari bila balik rumah, saya nampak emak menangis melihat ulat jatuh dari poket baju saya ketika membasuh.

“Dari situ, saya tekad untuk mengubah kehidupan kerana kasihankan emak saya. Emak menangis dan berdoa semoga saya mendapat peluang lebih besar.

“Saya menghargai jasa emak, Siti Aishah Ismail, 57, dan ayah, Abdullah @ Ali Ahmad, 73 yang membesarkan kami 16 beradik dan memberikan pendidikan walaupun serba kekurangan,” ujarnya.

Keputusan beliau untuk tinggalkan rumah dengan berbekalkan RM1.30 telah membina kehidupan baru dan pertemuan dengan Cikgu Halim Md Saman dan Cikgu Ramli Hassan telah membuka jalan rezeki Mohamad Azlan dalam bidang hartanah.

“Saya percaya kepada pemikiran positif akan menghasilkan tindakan positif, seterusnya membawa kejayaan. Bila dan di mana, saya tidak tahu. Apa yang pasti kejayaan akan hadir apabila saya berusaha dengan betul,” katanya.

Anak kelahiran Besut, Terengganu ini akan menjadi tetamu istimewa pada Sesi Bersama Tokoh dalam program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 bertajuk ‘Rezeki: Keluh kesah bila sikit, bakhil bila banyak’ pada jam 6.30 pagi, 28 September ini.

Sesi tersebut diadakan pada program Rahsia Insan Cemerlang Hidup (RICH) 2.0 yang bermula jam 4.30 pagi. Pengisian RICH dimulakan dengan sesi Tadabbur Surah Al-Ma’arij oleh Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail

Orang ramai boleh mengikuti RICH 2.0 secara online pada 6.30 pagi di FB Live WorldQuranHour. Mereka yang ingin menyertai secara offline boleh datang ke QTT, Tingkat 1, Bangunan Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf di sini pada 28 September ini. Kemasukan adalah percuma. Untuk penyertaan RICH, boleh mendaftar di http://bit.ly/RICH1441H.

Mohamad Azlan memberi sumbangan 10,000 beg kepada pelajar kurang berkemampuan di Terengganu dan Kelantan.

Mohamad Azlan memberi sumbangan 10,000 beg kepada pelajar kurang berkemampuan di Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, Ketua Pengawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, RICH di bawah kempen My Family #QuranHour dianjurkan oleh WUIF dan Rumah Ngaji sejak 2014.

“Ia merupakan program pengisian rohani seawal jam 4.30 pagi hingga 7.30 pagi. Aktiviti yang diadakan berinteraksi dengan al-Quran, bertadabbur surah pilihan, solat Tahajud, solat Subuh dan resolusi untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita. Spiritual yang dibawa ini selari dengan saranan hadis,” katanya.

Daripada Abdullah bin Sallam RA berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, berilah makanan, sambung tali silaturrahim, dan solat ketika orang ramai tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat sejahtera.” (Riwayat Imam Tarmidzi)

Marhaini menambah, dengan mengikuti panduan Rasulullah SAW, kita dapat membina kekuatan dalaman diri untuk berjuang perkara benar. Kualiti tersebut diharap ada dalam kalangan Sahabah al-Quran, ejen perubahan kepada masyarakat.

“Sempena 1441H, RICH tahun keenam ini memberi panduan bagaimana memperoleh rezeki yang luas sebagaimana dijanjikan oleh ALLAH untuk membina keluarga dan masyarakat hingga ke Jannah. Sebelum ini, RICH memfokuskan tema “Masuk syurga sekeluarga”.

Marhaini berkata, RICH diadakan pada setiap Sabtu jam 4.30 pagi selama 12 minggu bermula 21 Muharram 1441H bersamaan 21 September lalu.

“Lebih istimewa, orang ramai boleh menyertai RICH secara offline dan online.

“Saya berharap RICH dapat menjadi ;keystone habit’ kepada umat Islam dengan al-Quran, Solat dan Infaq (QSI). Kita sudah mulakan tabung infaq atau Tabung Quran di penghujung program RICH,” katanya.

Rahsia insan hidup cemerlang

Rahsia insan hidup cemerlang



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: RDH jenama jean kebanggaan negara
Next: Cucu angkat disisih datuk, nenek

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.