Cadangan itu direka bagi memenuhi keperluan pelanggan perniagaan kecil yang mana kehidupan peribadi dan profesional saling berkaitan.
Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Malaysia, Stuart Milne berkata, HSBC Fusion menyediakan pelanggan perbankan perniagaan lebih jelas dalam kewangan, membantu menjimatkan masa dan menyediakan akses mudah bagi pembiayaan, nasihat dan peluang.
“Dengan mendengar apa yang pemilik perniagaan inginkan, kami memahami perniagaan kecil memerlukan lebih daripada sekadar bank,” katanya menerusi kenyataan akhbar.
Dalam pada itu, Ketua Negara Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan, HSBC Malaysia, Tara Latini berkata, matlamat pelancaran HSBC Fusion adalah untuk melihat perniagaan kecil berjaya.
“Kami mahu membantu perniagaan kecil ini untuk memiliki kehidupan yang lebih baik. Kami berharap HSBC boleh membantu anda mencapai harapan, mimpi dan cita-cita,” katanya.