Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Majoriti FDI dalam suku pertama merupakan pelaburan berkualiti
  • ACTIVITY

Majoriti FDI dalam suku pertama merupakan pelaburan berkualiti

Helmi Aziz May 20, 2019 2 minutes read
321136.jpg

SUKU pertama 2019 menyaksikan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi direkodkan, terdiri daripada pelaburan-pelaburan berkualiti, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.

Pelaburan ini akan membantu meningkatkan taraf kemahiran tempatan dan teknologi melalui perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang, mempunyai nilai tambah yang tinggi dan yang penting sekali, memastikan bahawa Malaysia mampu mencapai matlamat utamanya iaitu bebas dari perangkap jurang pendapatan.

Tarikan pelabur-pelabur antarabangsa ke Malaysia telah bertambah sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan sejak setahun lepas, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata demikian ketika mengulas mengenai cemuhan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengenai statistik FDI disiarkan melalui Facebook Pua.

“Angka FDI yang diluluskan pada 2018, merupakan pencapaian terbaik setakat ini, yang akan membantu meningkatkan FDI direalisasi pada tahun ini dan tahun depan.

“Oleh itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah benar untuk menyatakan bahawa negara telah mencapai FDI direalisasi yang tertinggi dalam rekod pada suku suku pertama 2019, naik sebanyak 94.8 peratus kepada RM21.7 bilion daripada RM11.2 bilion yang dicatatkan dalam suku yang sama pada 2018,” kata Pua.

Katanya, pembelian saham-saham IHH Healthcare Bhd di Bursa Malaysia oleh Mitsui & Co Ltd daripada Khazanah Nasional Bhd adalah satu langkah signifikan kerana ia menunjukkan keyakinan dan kepercayaan yang diletakkan oleh pelabur-pelabur asing terhadap syarikat-syarikat dan ekonomi Malaysia.

Beliau juga memetik satu peristiwa pada 2017 semasa Najib berkuasa, di mana Petroliam Nasional Bhd menjual 50 peratus kepentingannya dalam projek penapisan dan pembangunan bersepadu petrokimia (RAPID) di Pengerang kepada Saudi Aramco dari Arab Saudi pada harga US$7 bilion.

“Malah, pentafsiran FDI yang digunakan sekarang serta sebelum ini, tidak pernah berubah dan ia adalah pentafsiran antarabangsa yang diterangkan dalam Manual Kedudukan Pelaburan Antarabangsa dan Imbangan Pembayaran Tabung Kewangan Antarabangsa,” katanya. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Chefmanship Akademi melengkapkan wanita dengan kemahiran keusahawanan
Next: Wak Doyok sentuhan emas, stail unik

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.