Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Community
  • Jelajah Warisan Seni Bina: Hari Terbuka Masjid Sempena ITM 2024 Kembali Dengan Acara Istimewa Seluruh Malaysia
  • Community

Jelajah Warisan Seni Bina: Hari Terbuka Masjid Sempena ITM 2024 Kembali Dengan Acara Istimewa Seluruh Malaysia

Helmi Aziz September 5, 2024 (Last updated: September 8, 2024) 3 minutes read
itm 2024

Islamic Tourism Month 2024 (ITM 2024) akan dimeriahkan dengan acara Hari Terbuka Masjid yang bakal menyambut masyarakat di lokasi-lokasi terpilih seluruh negara. Program ini bertujuan untuk menonjolkan keistimewaan dan keunikan tradisi yang terdapat di masjid-masjid di Malaysia.

Hari Terbuka Masjid ini mengundang pengunjung dari pelbagai latar belakang kaum untuk menyelami keindahan seni bina masjid Malaysia, serta menghayati warisan dan karya seni yang menjadikan masjid-masjid ini sebagai mercu tanda kerohanian dan budaya negara. Program ini memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat reka bentuk yang memukau, simbolisme budaya yang mendalam, dan kepentingan sejarah yang telah membentuk struktur-struktur bersejarah ini selama beratus tahun.

Dari 6 hingga 28 September, Hari Terbuka Masjid akan diadakan secara berperingkat di beberapa masjid ikonik terkemuka Malaysia. Pengunjung akan berpeluang untuk mengeksplorasi keindahan dan keunikan setiap masjid, sambil menikmati pengalaman yang mendalam mengenai sumbangan masjid kepada budaya dan sejarah tempatan.

Jadual penuh Hari Terbuka Masjid sempena ITM 2024 adalah seperti berikut:

  • Masjid Sendayan, Negeri Sembilan | 6 September, 5 petang
  • Masjid Ulul Albab, Terengganu | 7 September, 10 pagi – 4 petang
  • Masjid Putra, Putrajaya | 15 September, 10 pagi – 4 petang,
  • Masjid Sultan Idris Shah II, Perak | 19-21 September, 9 pagi – 9 malam,
  • Masjid Negara, Kuala Lumpur | 28 September, 9 pagi – 12.30 tengahari, dan
  • Masjid Diraja Ala’eddin, Selangor | 28 September, 7.30 pagi – 2 petang.

Pengunjung Hari Terbuka Masjid akan disambut dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk Ceramah Perdana, pameran dari pelbagai jabatan kerajaan, sukan rakyat, kempen derma darah, serta lawatan berpandu yang menceritakan kisah di sebalik seni bina menakjubkan dari pelbagai negeri di Malaysia. Selain itu, orang ramai juga boleh menyertai pertandingan seperti kompang dan seni khat yang dibuka kepada umum.

Bertemakan “Islamic Tourism Malaysia 2024” (ITM 2024), acara ini akan berlangsung dari 16 Ogos hingga 30 September 2024. Pelbagai acara menarik sepanjang bulan ini turut ditawarkan, memberikan pengalaman pelancongan Islam yang unik kepada masyarakat tempatan, pelancong, penggiat industri pelancongan, serta usahawan. ITM 2024 menyediakan peluang untuk meneroka kekayaan budaya dan keindahan pelancongan Islam di Malaysia.

Majlis pelancaran ITM 2024 telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada 2 Ogos lalu. Acara ini dianjurkan oleh Islamic Tourism Centre (ITC), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). ITM 2024 bertujuan untuk merancakkan sektor pelancongan mesra Muslim dan mempromosikan keunikan serta kepelbagaian budaya Malaysia kepada pelancong dari seluruh dunia.

Pengunjung Hari Terbuka Masjid juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM50,000 dengan menyertai Cabaran TikTok ITM 2024 dengan berkongsi pengalaman meneroka  ketakjuban warisan dan seni bina masjid-masjid di Malaysia. Maklumat lanjut sila layari www.itm.itc.gov.my.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: VitaHealth dan Watsons Melancarkan V-Style
Next: Sentuhan Nadi: Momen Istimewa antara Peminat, Jobranko, dan Yonnyboii

Related Stories

Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Contractors
  • Business & Industry
  • Community
  • Construction
  • Industry & Manufacturing
  • News
  • Real Estate

Industry Workshop by Nippon Paint and CIDB Addresses Gaps in Flooring Standards for High-Tech Industries

Farihin Azlan May 7, 2026
PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.