Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Tan Chong Motors raih keuntungan pada FY18
  • ATTRACTION

Tan Chong Motors raih keuntungan pada FY18

Helmi Aziz March 4, 2019 2 minutes read
209887.png

KUALA LUMPUR – Tan Chong Motor Holdings Bhd kembali meraih keuntungan dengan mencatatkan keuntungan bersih RM101.03 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018 (FY18) berbanding kerugian bersih RM88.6 juta pada tahun sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata perolehan meningkat kepada RM4.86 bilion daripada RM4.34 bilion sebelumnya, sebahagian besarnya disumbangkan oleh bahagian automotif yang menyumbang RM4.75 bilion kepada jumlah keseluruhan perolehannya.

“Bahagian automotif mencatatkan perolehan lebih tinggi sebanyak RM4.75 bilion pada FY18, meningkat 11.6 peratus daripada FY17 disebabkan peningkatan jumlah kenderaan yang dijual dalam pasaran domestik dan luar negara.

“Pengecualian cukai jualan turut menyumbang kepada peningkatan jualan dalam pasaran domestik bagi FY18,” katanya.

Tan Chong berkata pendapatan dalam segmen berkenaan sebelum faedah, cukai, penyusutan dan pelunasan turut meningkat 217.3 peratus tahun ke tahun kepada RM305.1 juta bagi FY18, didorong oleh peningkatan jualan bercampur-campur, kadar pertukaran asing yang bertambah baik dan kos pengoptimuman strategik yang memacu margin lebih baik.

Bagi suku keempat 2018, Tan Chong berkata syarikat mencatatkan keuntungan bersih RM51.56 juta berbanding kerugian bersih RM7.19 juta setahun sebelumnya, manakala perolehan meningkat kepada RM1.17 bilion daripada RM1.08 bilion sebelumnya.

“Kedudukan kewangan kumpulan terus bertambah baik dengan tahap kadar hutang bersih pada 30.7 peratus daripada 47.1 peratus pada FY17, dan pendapatan tertangguh kumpulan sebanyak RM1.85 bilion pada 31 Dis, 2018,” katanya. Mengenai prospek, syarikat terus mengekalkan pendirian berhati-hati berikutan unjuran industri automotif tempatan dijangka kekal suram pada 2019.

“Jualan kenderaan baharu (dijangka) kekal kurang memberangsangkan berikutan sentimen pengguna yang berhati-hati dengan barangan mahal, berserta dengan garis panduan kelulusan kewangan yang ketat di tengah-tengah keadaan ekonomi semasa. “Kami menjangkakan landskap perniagaan untuk kekal mencabar di bawah keadaan ini,” katanya.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia, Tan Chong berkata Kawasaki Heavy Industries Ltd memutuskan untuk tidak memperbaharui, selepas 31 Mac 2019, perjanjian yang memberikan anak syarikat tidak langsung Tan Chong iaitu TC Motorcycles (Vietnam) Co Ltd, sebagai pengedar eksklusif untuk menjual motosikal jenis sukan Kawasaki (kecuali kapcai dan skuter) serta alat ganti dan aksesori di Vietnam.

“Langkah tidak memperbaharui perjanjian pengedaran itu tidak mendatangkan impak besar terhadap kewangan dan operasi kumpulan itu bagi tahun kewangan semasa,” kata syarikat itu. – BERNAMA



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jom tiru rahsia Siti Nordiana kekalkan berat hanya 55 kilogram
Next: Jangan perkecil usaha orang kita naik basikal ke Tanah Suci. Banyak sungguh petua daripada mereka

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.