Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Ernie Zakri Membawakan Lagu ‘Astana’
  • ATTRACTION

Ernie Zakri Membawakan Lagu ‘Astana’

Helmi Aziz December 18, 2023 (Last updated: December 18, 2023) 2 minutes read

Esok, penyanyi yang terkenal, Ernie Zakri, akan memukau penonton dengan penampilannya sendiri membawakan lagu “Astana” pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM 38).

Syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mewakili Ernie berkata, perkara itu diputuskan
selepas pihak Rocketfeul menghubungi mereka, semalam.


“Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyak
perkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetuju
dan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuat
persembahan.


“Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri Rakaman
Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIM
menyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan.
Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari.


“Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihak
terbabit segera mencari solusi terbaik,” katanya.


Sementara itu, Erni berkata, dia lega apabila dapat menyanyikan lagu Astana.
“Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentu
mahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata atau
mengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri.


“Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak Universal
Music Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuh
gembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana.



“Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami dan
percaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargai
sokongan anda,” katanya.


Terdahulu, RIM dan MPA dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan Media
Prima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan di
TV3.


Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejak
Ogos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan.


Malah, Universal Music Malaysia juga berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka
cakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam MuzikMuzik yang masih dalam perundingan.


Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalon
ke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang media
yang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia-Indonesia tingkatkan piawaian sektor penerbangan
Next: Guardian sasar sediakan 40 juta produk mandian

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.