Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Perang perdagangan AS-China, peluang Malaysia tingkatkan eksport tekstil ke AS
  • ACTIVITY

Perang perdagangan AS-China, peluang Malaysia tingkatkan eksport tekstil ke AS

Helmi Aziz February 5, 2019 4 minutes read

MALAYSIA berpotensi meningkatkan eksport tekstil ke Amerika Syarikat (AS) berikutan perang perdagangan ekonomi utama itu dengan China.

Industri tekstil yang dianggap beberapa pakar sebagai ‘industri senja’ mula hilang daya tarikannya beberapa dekad lalu, berikutan kos yang semakin meningkat serta persaingan sengit dari China, Bangladesh dan Vietnam.

Namun perang perdagangan AS-China yang berlarutan, mendorong beberapa pembeli dari Barat yang sebelum ini membeli tekstil China, mencari sumber alternatif dan Malaysia boleh memanfaatkan keadaan itu.

Melihatkan penyertaan banyak syarikat pembekal tekstil hiasan dan produk tekstil lain dari Asia Tenggara pada pameran perdagangan Heimtextil di Frankfurt baru-baru ini, menjadi harapan untuk Malaysia menghidupkan semula industri itu dalam negara.

Walaupun perubahan segera oleh pembeli dan pengimport yang mewakili syarikat dan firma utama Barat ke negara pembekal lain tidak dijangkakan berlaku, pertikaian semasa di kedua-dua negara itu menyebabkan perdagangan di pameran Frankfurt dilihat sebagai agak panik.

“Saya yakin pembeli di Amerika Syarikat dan di tempat lain menyedari bahaya kebergantungan ke atas China sebagai sumber produk tekstil, selain banyak masalah yang dihadapi oleh pengimport asing di negara itu, termasuk kualiti dan khidmat selepas jualan.

“Selain itu, harga produk China juga sudah meningkat, susulan kos buruh dan pengeluaran yang semakin meningkat di negara itu, dengan perang perdagangan yang memburukkan lagi keadaan,” kata seorang pembeli dari AS yang enggan namanya disiarkan, kepada Bernama ketika ditemui pada pameran itu.

Beliau berkata, Malaysia boleh bangkit dan memenuhi kekosongan itu jika syarikat AS memutuskan untuk meninggalkan China, memandangkan barangan Malaysia berkualiti tinggi walaupun harganya tinggi sedikit.

Sebanyak 3,025 pempamer dari 65 negara

Pempamer Malaysia turut menyuarakan pandangan masing-masing mengenai perubahan senario perniagaan tekstil hiasan.

Pengarah Pemasaran Fernex Sdn Bhd, Lee Kheang Lim berkata, syarikat itu menerima banyak pertanyaan daripada pembeli sedia ada dan baharu dari seluruh dunia, termasuk AS.

Pengarah Urusan Nature World Manufacturing Sdn Bhd, Wendy Tan pula berkata, syarikat itu yang mengeluarkan produk tekstil hiasan, turut menerima pelbagai pertanyaan.

“Pembeli menunjukkan minat mendalam ke atas produk berasaskan Tenaga Bio-Aktif kami, peningkatan itu mungkin disebabkan perang perdagangan semasa, dengan pembeli mahukan sumber bekalan alternatif,” katanya.

Dianjurkan oleh Messe Frankfurt, pameran Heimtextil berlangsung dari 7 hingga 10 Januari lalu dengan menyaksikan 3,025 pempamer dari 65 negara.

Yakin terhadap Asean

Naib Presiden Messe Frankfurt tekstil dan teknologi tekstil , Olaf Schmidt berkata, terdapat peningkatan jumlah pembeli AS pada pameran itu, yang memperlihatkan AS sedang mencari peluang di pasaran antarabangsa.

“Semua gedung besar AS ada di sini. Jelas, terdapat peralihan ke negara lain, dan berdasarkan masalah yang berlaku, kita akan mengetahui kedudukan sebenar dalam tempoh enam bulan dari sekarang,” katanya.

Namun, beliau tidak pasti sama ada pembekal lain dapat menggantikan China sebagai pembekal tekstil terbesar di dunia yang memiliki infrastruktur pengilangan tekstil yang besar.

Namun begitu, Schmidt yakin terhadap Asean dengan Vietnam, Malaysia, Indonesia dan Bangladesh mampu menjadi penggiat utama dalam rantaian bekalan tekstil global.

“Saya juga percaya persaingan sengit antarabangsa akan memaksa para pembekal menaik taraf proses pengeluaran mereka, mengguna pakai automasi dan menghasilkan kaedah bekalan lebih cepat dan mudah. Inovasi teknologi adalah elemen penting untuk masa depan industri,” katanya.

Pameran tekstil itu menyaksikan penyertaan pempamer Asean termasuk Indonesia (lapan), Malaysia (tiga), Thailand (tiga) dan Vietnam (lapan).

Dua syarikat tekstil utama, China dan India, masing-masing menghantar 559 dan 394 peserta pameran, melebihi negara tuan rumah Jerman (301).

Menurut Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Frankfurt, Badrul Hisham Hilal, jumlah eksport tekstil, pakaian dan kasut Malaysia berjumlah RM13.69 bilion sepanjang Januari hingga November 2018.

AS merupakan pasaran terbesar produk berkenaan, dengan RM 1.78 bilion daripada jumlah eksport.Industri tekstil dan produk tekstil di Malaysia terdiri daripada empat sub-sektor iaitu ‘primary textiles’ merangkumi aktiviti seperti pempolimeran, pemintalan pemintalan, penenunan, kait dan pewarnaan; pengilangan pakaian-pakaian; pembuatan barangan-barangan buatan tekstil dan aksesori tekstil.

Pertumbuhan industri tekstil dan pakaian Malaysia telah dipertingkatkan pada awal 1970an apabila negara melancarkan program perindustrian berorientasi eksport.

Pada 2015, tekstil dan produk tekstil catat pendapatan eksport ke-10 terbesar berjumlah RM13.2 bilion, menyumbang kira-kira 1.7 peratus daripada jumlah eksport Malaysia bagi sektor perkilangan.

Jepun, AS, China, Singapura dan Turki adalah lima destinasi eksport utama Malaysia.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Nekad tinggalkan kerjaya guru, Anas fokus bangunkan syarikat kongsi kebaikan susu kambing Khalish
Next: Gaji di Malaysia diramal meningkat

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.