Nilai eksport minyak sawit Malaysia berjumlah RM40.51 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023. MALAYSIA mencatat nilai eksport minyak sawit berjumlah RM40.51 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 dengan kuantiti eksport sebanyak 9.66 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Menurut KPK, India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan nilai dan kuantiti masing-masing berjumlah RM7.08 bilion dan 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023. “Manakala China pula merupakan pasaran kedua terbesar yang mencatatkan RM3.30 bilion dan 0.85 juta tan, diikuti oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah RM3.10 bilion dan 0.71 juta tan,” kata KPK melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu. KPK menjawab pertanyaan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu secara lengkap jumlah eksport minyak sawit Malaysia mengikut negara berdasarkan nilai ringgit dan jumlah tan. Sumber Post navigation Ringgit ditutup rendah menjelang keputusan kadar faedah AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, kadar faedah AS kekal
MALAYSIA mencatat nilai eksport minyak sawit berjumlah RM40.51 bilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023 dengan kuantiti eksport sebanyak 9.66 juta tan, kata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Menurut KPK, India merupakan pengimport utama minyak sawit Malaysia dengan nilai dan kuantiti masing-masing berjumlah RM7.08 bilion dan 1.81 juta tan bagi tempoh Januari hingga Ogos 2023. “Manakala China pula merupakan pasaran kedua terbesar yang mencatatkan RM3.30 bilion dan 0.85 juta tan, diikuti oleh Kesatuan Eropah (EU) dengan jumlah RM3.10 bilion dan 0.71 juta tan,” kata KPK melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen pada Rabu. KPK menjawab pertanyaan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang ingin tahu secara lengkap jumlah eksport minyak sawit Malaysia mengikut negara berdasarkan nilai ringgit dan jumlah tan.