Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Sembunyikan Amalan Baik
  • ATTRACTION

Sembunyikan Amalan Baik

Helmi Aziz February 3, 2019 4 minutes read
148471.jpg

Orang soleh sebaik mungkin memelihara keikhlasan dengan menyembunyikan amalan dan kebaikannya daripada pandangan manusia. Sebagaimana mereka menyembunyikan aib dan kekurangannya.

Malah, tidak sempurna juga suatu amalan baik itu kecuali tiga perkara, iaitu menyegerakannya, beranggapan ianya kecil dan menyembunyikannya.

Menurut Editor Kanan Karya Bestari, Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil, menjelaskan, keikhlasan adalah amalan yang diusahakan dan pemberian daripada ALLAH SWT.

Beruntunglah bagi mereka yang beriman, setiap perbuatannya dinilai sebagai ibadah dan menjadi wasilah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH.

Amal ibadah tidak akan sah kecuali diiringi dengan niat. Kerana niat tanpa amal diberi pahala, sedangkan amal tanpa niat adalah sia-sia.

Ibnu Hajar al-Atsqalani menjelaskan dalam kitabnya ”Nashaihul Ibad” bahawa amal itu harus disertai dengan niat yang ikhlas. Tanpa niat yang ikhlas, amal seseorang tidak akan diterima meskipun banyak.

“Nikmatnya keikhlasan itu tidak akan lahir serta-merta, ia perlu diusahakan dari awal dengan niat di hati. Apabila seseorang itu membantu dan menghulurkan pertolongan dalam keadaan seseorang itu tidak mengharapkan sebarang imbuhan dan pujian, maka dia akan merasai kepuasan itu.

“Berbanding mereka yang hulurkan bantuan dengan mengharapkan akan ada mata yang memandang, ada telinga yang mendengar, dan ada bibir yang memuji.

Boleh jadi, sumbangannya itu bagus, namun nilai pahalanya hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui,” katanya.

Soal hati adalah subjektif, siapapun kita, apabila berbicara tentang hati memang tidak boleh menipu diri sendiri.

“Sama ada seseorang itu menghulurkan bantuan dengan penuh rasa tanggungjawab dan keikhlasan, atau jauh di sudut hatinya mengharapkan sesuatu yang boleh menaikkan nama dan kedudukan. Hanya diri sendiri yang boleh menilai diri.

“Cara untuk mengikis sekelumit rasa riak dalam hati, adalah melalui sepotong doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat, iaitu ‘Wahai Tuhan yang mampu membolak-balikkan hati manusia, tolonglah daku wahai Tuhan, tetapkan hati ini di atas jalan agama,” jelasnya.

Bagaimanapun, dalam baik beberapa keadaan dibolehkan untuk menzahirkan pemberian dan bantuan, misalnya contoh yang ditunjukkan oleh seorang ayah kepada anaknya.

“Contoh tersebut bukanlah riak tetapi sebagai sebagai bentuk didikan, supaya bila besar nanti si anak juga turut menunjukkan contoh yang sama,”ujarnya.

Namun, apabila keikhlasan ini dikaitkan dengan kebesaran ALLAH, Amiro menjelaskan, pemberian yang mengharapkan pulangan manusia itu sebenarnya boleh mengundang kecewa.

“Berbeza bagi mereka yang tidak mengharapkan sesuatu balasan. Perasaan gembira yang lahir dalam jiwa itu sukar untuk digambarkan dan di situlah letaknya kebesaran ALLAH SWT.

“Hayati maksud doa iftitah yang sering dibaca ketika solat. ‘Sesungguhnya solat yang aku dirikan, apa sahaja ibadah yang aku lakukan, kehidupan dan kematian ini adalah kerana ALLAH SWT.

“Doa ini menjelaskan, seseorang yang beribadah kerana pahala, dan matlamatnya juga menuju yang Esa, ALLAH SWT akan memberikan ganjaran ke atasnya,” ulas beliau.

5 Tip Pelihara Keikhlasan

“Saya ikhlas membantu kamu.”

Keikhlasan bukanlah di lafaz di hujung lidah tetapi ia diterbit dari hati. Semakin disembunyikan amalan dan pemberian, semakin manis nikmatnya keikhlasan.

Berikut ialah tip untuk memelihara keikhlasan:

PERTAMA : Agungkan ALLAH SWT dengan mengEsakan-Nya, menyakini bahawa hanya kepada-Nya untuk disembah dan mohon pertolongan.

KEDUA : Memahami bahawa kita ini adalah makhluk yang diatur, lemah, fakir di hadapan Tuhannya. Suatu kerugian sekiranya amalan itu bersandarkan kepada pujian manusia lainnya.

KETIGA: Tahu bahawa hawa nafsu itu sebagai sumber kejahatan dan kejelekan.

KEEMPAT : Renungi bahaya riak di dunia dan akhirat.

KELIMA : Ingat, ajal kematian itu datang secara mendadak. Takut nanti kematian menjemput pada saat kita tidak ikhlas ketika beramal.

IKHLASKAN HATI

1.Fahami tanggungjawab asal, dan ALLAH reda dengan usaha kita.

2.Yakin bahawa kebaikan yang kita buat itu adalah kerana ALLAH.

3.Ikhlas boleh disuburkan, dengan menjauhkan diri daripada bergantung hidup dengan manusia lain.

4.Jika masih resah atau bimbang dengan kata orang terhadap kebaikan yang dilakukan, abaikan dan jadikan ia sebagai panduan, bukannya sebagai matlamat kebaikan kita.

5.Ikhlas itu sendiri bukanlah untuk diberitahu kepada orang.

6.Sekiranya diri sendiri masih bercakap tentang ikhlas dan kebaikan, itu bermakna kita belum lagi ikhlas.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Melihat kembali perkembangan HIV
Next: Swag Pomade tampil kelainan

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.