Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis. – Gambar hiasan NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada minggu depan. Kontrak bulan semerta Jun 2023 turun kepada AS$1,952.60 setiap troy auns daripada AS$1,968.30 setiap troy auns pada Rabu (AS$1=RM4.61). Sementara itu, kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,961.30 setiap troy auns. Sejumlah sembilan lot emas diniagakan pada Khamis. Harga emas fizikal berada pada AS$1,967.35 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 7 Jun. – Bernama Sumber Post navigation Jualan kereta Proton meningkat pada Mei Ringgit tidak akan cecah paras 5.0 berbanding dolar AS
NIAGA hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut pada Khamis berikutan pelabur kekal tidak memasuki pasaran menjelang mesyuarat dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) pada minggu depan. Kontrak bulan semerta Jun 2023 turun kepada AS$1,952.60 setiap troy auns daripada AS$1,968.30 setiap troy auns pada Rabu (AS$1=RM4.61). Sementara itu, kontrak bagi Julai 2023, Ogos 2023, September 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,961.30 setiap troy auns. Sejumlah sembilan lot emas diniagakan pada Khamis. Harga emas fizikal berada pada AS$1,967.35 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 7 Jun. – Bernama