Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Rumah Ngaji Teluk Muroh hasrat Khatam Tadabbur di Madinah
  • ATTRACTION

Rumah Ngaji Teluk Muroh hasrat Khatam Tadabbur di Madinah

Helmi Aziz March 3, 2023 2 minutes read
1934872.jpg

LUMUT – Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh berhasrat untuk turut serta di dalam Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Madinah, Arab Saudi pada 8 Oktober nanti.

Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, perancangan itu dibuat memandangkan seramai kira-kira 47 ahli Rumah Ngaji itu akan berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada Khamis.

Menurutnya, pada peringkat awal, kumpulan jemaah umrah itu bertolak ke Tanah Suci pada 14 September lalu tetapi penerbangan ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kami di sini sebenarnya mahu menyertai Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Putrajaya itu tetapi ALLAH kurniakan rezeki kami untuk tunaikan umrah pada tarikh itu.

“Jadi saya terfikir program ini sesuatu yang baik, jadi apa salahnya untuk turut bersama-sama rakan-rakan meraikan program tersebut di Madinah,” katanya kepada Sinar Harian.

Bercerita mengenai perancangan menunaikan umrah itu, Maziah berkata, ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh bercadang untuk melaksanakan ibadah tersebut sejak dua tahun lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 hasrat mereka tertangguh.

Menurutnya, selepas bertanya dengan rakan-rakan ahli Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, mereka terus nyatakan hasrat untuk merealisasikan pada tahun ini.

“Pada awalnya, saya dan suami hanya bersembang-sembang dengan sahabat-sahabat Rumah Ngaji tentang hasrat kami untuk ke Mekah. Tak sangka pula ramai yang terjentik hati untuk turut serta.

“Bermula dari itu, semakin hari semakin ramai yang nak ikut sehinggalah seramai 47 orang, kita dapat kumpulkan untuk ke Tanah Suci,” katanya.

Sementara itu, seorang ahli Rumah Ngaji yang akan menyertai kumpulan itu, Noordina Samad, 55, menjelaskan mereka rasa beruntung bukan sahaja dapat menunaikan umrah tetapi meraikan Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 di Tanah Suci nanti.

Katanya, selama ini dia tidak pernah ketinggalan dalam setiap program Rumah Ngaji terutama World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour.

Setelah bersiaran sebanyak 838 episod, program My #QuranTime sampai ke kemuncaknya dengan penganjuran Majlis Konvokesyen Khatam Tadabbur My #QuranTime 1.0 yang akan berlangsung pada 8 Oktober depan.

Program yang julung-julung kali diadakan itu akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya menjelang sambutan Maulidur Rasul 1444H.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Keluarga IRONMAN Alfred – Sinar Harian
Next: Saka ciptaan sendiri jejas keharmonian rumah tangga

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.