Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 2, 2023 2 minutes read
2105759.jpg
Gambar hiasan - Foto 123RF

Gambar hiasan – Foto 123RF

RINGGIT ditutup lebih rendah berbanding dolar AS minggu ini berikutan kekurangan momentum belian, seiring dengan sentimen lemah mata wang Asia lain, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.4335/4370 berbanding dolar AS daripada penutupan pada Khamis iaitu 4.4315/4365.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, ringgit hanya lemah sedikit dan ia mungkin disebabkan oleh kenaikan harga minyak.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras minyak mentah Brent naik 1.08 peratus kepada US$83.16 setong.

Innes berkata, pelabur tertumpu kepada data inflasi harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan malam ini.

“Jika PCE lebih tinggi daripada jangkaan, ia akan membentuk dolar AS yang lebih kukuh minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Di Malaysia, beliau berkata, perbelanjaan yang dikecilkan dalam Belanjawan 2023 boleh memberi kesan negatif kepada ringgit daripada perspektif pertumbuhan tetapi mungkin membantu daripada perspektif fiskal yang berhemat.

“Justeru, saya berpendapat ia adalah sedikit keseimbangan,” katanya.

Kerajaan telah menganggarkan bahawa perbelanjaan mengurus pada tahun 2023 akan menurun sebanyak 1.2 peratus kepada RM289.1 bilion daripada RM292.7 bilion pada 2022, kebanyakannya disebabkan oleh peruntukan subsidi lebih rendah apabila ia membentangkan belanjawan tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan telah membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bagaimanapun, peruntukan Belanjawan 2023 telah disemak naik kepada RM388.1 bilion daripada bajet berjumlah RM372.3 bilion pada Oktober 2022.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 3.2804/2833 daripada 3.2998/3036 semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2970/3001 daripada 3.2990/3032 sebelumnya.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro pada 4.6933/6970 daripada 4.6943/6996 and melonjak berbanding pound Britain kepada 5.3308/3350 daripada 5.3311/3371 ketika ditutup pada Khamis. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tip atasi singki busuk – Sinar Harian
Next: Konsul UFO curi tumpuan kaki game

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.