Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Helmi Aziz March 1, 2023 2 minutes read
2111787.jpg

RINGGIT meningkat semula selepas tiga hari dagangan berturut-turut mencatatkan penurunan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu berikutan data pembuatan China yang kukuh mendorong sentimen risiko.

Pada 6 petang, unit tempatan naik kepada 4.4710/4740 berbanding dolar AS daripada 4.4850/4895 pada Selasa.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, unit tempatan diniagakan tinggi selepas Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan China meningkat kepada 52.6 pada Februari 2023, paras tertinggi sejak April 2012, menunjukkan bahawa ekonomi kedua terbesar dunia itu pulih dengan baik.

“Hari ini adalah hari yang lebih baik berikutan data China yang kukuh dan ini akan menyokong ringgit melalui hubungan eksport Malaysia ke China,” katanya kepada Bernama.

Ketua Ekonomi dan Analisis Pasaran Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kenaikan ringgit sejajar dengan penurunan Indeks Dolar AS sebanyak 0.45 peratus kepada 104.397 mata.

“Paras semasa RM4.4710 agak hampir dengan paras sokongan pada RM4.4612,” katanya.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.7580/7612 daripada 4.7572/7620 semalam, berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.2916/2941 daripada 3.2799/2835, bagaimanapun meningkat berbanding pound kepada 5.3956/3992 daripada 5.4152/4206 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.3333/3361 daripada 3.3247/3285 pada Selasa, berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.8484/8637 daripada 12.6892/7073 dan rendah berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.10/8.12 sebelum ini.

Ia naik berbanding rupiah Indonesia kepada 293.40/293.80 daripada 293.80/294.30 semalam. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Puding kelapa bersos mangga – Sinar Harian
Next: Terarium obsesi Nazrol Ikhwan – Sinar Harian

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.