Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MAJLIS Getah Malaysia jadi penganjur bersama IRGCE 2022
  • ACTIVITY

MAJLIS Getah Malaysia jadi penganjur bersama IRGCE 2022

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1897309.jpg
Dua acara terkemuka secara serentak ini akan menghimpunkan penggiat dalam keseluruhan ekosistem industri getah. - Gambar hiasan

Dua acara terkemuka secara serentak ini akan menghimpunkan penggiat dalam keseluruhan ekosistem industri getah. – Gambar hiasan

MAJLIS Getah Malaysia (MRC) akan menjadi penganjur bersama Persidangan dan Pameran Sarung Tangan Getah Antarabangsa (IRGCE) ke-10 dan Konvensyen dan Ekspo Industri Getah Antarabangsa (IRICE) 2022 yang akan diadakan dari 6 hingga 8 September 2022.

Bertemakan “Breaking Boundaries: Game Changing Initiatives”, acara antarabangsa itu akan berlangsung serentak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif MRC, Hizwan Ahmad berkata, MRC berbangga untuk menjadi penganjur bersama dua acara terkemuka secara serentak yang akan menghimpunkan penggiat dalam keseluruhan ekosistem industri getah kerana ia adalah platform penting untuk mendorong industri untuk terus berkembang di sebalik keadaan semasa di seluruh dunia ketika ini.

“Diharapkan aspek utama pertumbuhan industri seperti meningkatkan produktiviti, keberkesanan kos, automasi dan kualiti produk serta penyelidikan dan pembangunan akan ditangani secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata, MRC mengharapkan penyertaan daripada orang ramai dan industri getah secara keseluruhan kerana MRC yakin acara antarabangsa itu adalah platform utama untuk meningkatkan industri ke tahap yang lebih tinggi.

IRGCE anjuran Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) sudah bersedia untuk menampilkan persidangan tanda dagangannya sebagai platform utama untuk peneraju industri dan profesional untuk memudahkan perbincangan mengenai inovasi, perkembangan dan trend terkini dalam industri sarung tangan getah perubatan dan peralatan pelindung diri.

Acara itu akan melibatkan 300 peserta pameran yang mengambil bahagian yang digelar sebagai acara sarung tangan getah terbesar di dunia dan ia dijangka menarik sebanayak 10,000 pengunjung.

Pada masa yang sama, IRICE yang dianjurkan oleh MARGMA bersedia untuk mentakrifkan peluang dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pemain industri getah Malaysia khususnya mengenai pertumbuhan dan pembangunan sektor hiliran dan huluan.

Sementara itu, MRC bersedia untuk menganjurkan program pemadanan perniagaan selama dua hari melalui Misi Penyumberan Global yang akan diadakan secara fizikal dan maya dari 6 hingga 7 September. – Bernama


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion
Next: Pendaftaran Perodua naik kepada 26,039 unit pada Ogos

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.