Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion
  • ACTIVITY

Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion

Helmi Aziz September 2, 2022 3 minutes read
1897132.jpg

MALAYSIA telah menarik pelaburan yang diluluskan bernilai RM123.3 bilion (AS$28.0 bilion) dalam sektor utama, perkilangan dan perkhidmatan merangkumi 1,714 projek dari Januari hingga Jun 2022 termasuk membuka 57,771 peluang pekerjaan.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelaburan langsung asing (FDI) kekal sebagai penyumbang utama iaitu pada 70.9 peratus atau RM87.4 bilion (AS$19.9 bilion), manakala pelaburan daripada sumber domestik menyumbang 29.1 peratus berjumlah RM35.9 bilion (AS$8.2 bilion).

Dalam tempoh ini, sektor perkhidmatan memainkan peranan penting dalam pemacuan pemulihan ekonomi negara, menyumbang 63.3 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan atau RM78.0 bilion (AS$17.7 bilion) daripada 1,351 projek.

Ia merekodkan kenaikan 48.8 peratus berbanding RM52.4 bilion (AS$12.6 bilion) dalam nilai pelaburan bagi tempoh enam bulan pertama tahun sebelumnya.

Sebanyak 22,569 pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam sektor perkhidmatan bagi 2022.

Sektor perkilangan mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM43.1 bilion (AS$9.8 bilion), menyumbang 34.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan berbanding RM75.8 bilion (AS$18.3 bilion) bagi tempoh Januari-Jun 2021.

MIDA menjelaskan sebuah projek mega yang telah diluluskan menyumbang kepada jumlah pelaburan yang tinggi dalam sektor perkilangan pada tempoh 2021.

Daripada jumlah FDI yang diluluskan, China mendominasi pelaburan bernilai RM48.6 bilion (AS$11 bilion), diikuti Jerman (RM9 bilion) (AS$2 bilion), Singapura (RM6 bilion) (AS$1.4 bilion), Brunei (RM5.1 bilion) (AS$1.2 bilion) dan Belanda (RM4.1 bilion) (AS$900 juta).

Bagi projek yang diluluskan kerajaan, MIDA berkata lima negeri utama iaitu Johor, Selangor, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang, menyumbang RM103.5 bilion (AS$23.5 bilion) atau 83.9 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan.

Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Malaysia berada di landasan yang betul untuk memperoleh lebih banyak projek berkualiti, berimpak tinggi serta berintensifkan modal, dengan perkhidmatan menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi dan penyumbang terbesar pelaburan yang diluluskan bagi separuh pertama tahun ini.

“Dalam mengekalkan momentum ini, MITI akan terus mengukuhkan daya saing negara melalui pembangunan ekonomi yang kompleks, memupuk ekosistem perindustrian yang kukuh dengan intensiti inovasi, meningkatkan keterangkuman dengan mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi termasuk mempromosikan peluang untuk mengambil bahagian dalam rantaian bekalan serantau dan global.

“Dipacu oleh Aspirasi Pelaburan Nasional, kami akan mempergiatkan fokus kami ke arah sektor seperti ekonomi digital, elektrik dan elektronik, farmaseutikal, kimia serta aeroangkasa yang mempunyai potensi ekonomi yang signifikan dan pertumbuhan jangka panjang yang mampan,” katanya.

MIDA berkata kerajaan telah membariskan misi perdagangan serta pelaburan yang strategik dan fokus yang disasarkan bagi meraih pelaburan dalam industri berteknologi tinggi, inovasi serta penyelidikan yang akan melengkapkan dan mengukuhkan lagi ekosistem perindustrian Malaysia.

Pelaburan asing merangkumi bahagian terbesar, mencatatkan RM50.4 bilion (AS$11.5 bilion) atau 64.6 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan untuk sektor perkhidmatan, manakala baki 35.4 peratus, atau RM27.6 bilion (AS$6.3 bilion) adalah daripada sumber domestik. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Tiga pameran perdagangan antarabangsa sasar jana RM170 juta
Next: MAJLIS Getah Malaysia jadi penganjur bersama IRGCE 2022

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.