Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Tiga pameran perdagangan antarabangsa sasar jana RM170 juta
  • ACTIVITY

Tiga pameran perdagangan antarabangsa sasar jana RM170 juta

Helmi Aziz September 2, 2022 2 minutes read
1896904.jpg

TIGA pameran perdagangan antarabangsa berskala besar yang bakal berlangsung serentak di ibu negara Disember depan dijangka mampu menjana impak ekonomi Malaysia bernilai lebih RM170 juta.

Acara berkenaan terdiri daripada Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia (MIBS) ke-17; Pameran Jentera Antarabangsa Malaysia ke-33 (MIMF) dan Pameran Penjenamaan Malaysia Pertama (MyBrands) yang diadakan bersama Pameran Eksport Zhejiang kelapan (Malaysia) 2022.

Ketua Pegawai Operasi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), Noor Ahmad Hamid berkata, acara yang akan melibatkan delegasi terbesar dari China itu akan memberi peluang kepada pemain industri tempatan menerokai pasaran antarabangsa.

Menurutnya, pameran tersebut mampu menjana impak pertumbuhan ekonomi yang sangat positif seiring dengan pembukaan sempadan negara ketika fasa peralihan endemik Covid-19.

“Persatuan Perhubungan Perdagangan Antarabangsa China Malaysia (Macita) selaku penganjur utama acara-acara ini memberi sasaran lebih kurang 250 pempamer dari China sendiri… itu tidak termasuk sasaran dari negara-negara lain.

“Tentunya apabila kita bercakap mengenai pameran terutamanya perniagaan, ini akan merancakkan pelaburan dan ekonomi kepada negara dan pertukaran mata wang asing.

“Ini menjadi peluang kepada industri tempatan untuk meningkatkan pengetahuan kerana China merupakan ekonomi terbesar di dunia.

“Justeru, kita jangka nilai bagi penjanaan impak ekonomi menerusi acara-acara ini dianggarkan lebih kurang RM170 juta ke atas,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prapelancaran pameran berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

Noor Ahmad menambah, selain delegasi China, turut terlibat adalah pempamer terdiri dari Korea Selatan, Thailand, Sepanyol, Taiwan, Indonesia dan Filipina.

Katanya, pameran yang berlangsung akan melibatkan 3,000 pembeli dan 30,000 pengunjung dari serata dunia.

Sementara itu, Presiden Macita, Datuk Chong Chong Tik berkata, selaras dengan pameran perdagangan norma baharu, acara pameran akan diadakan dalam format hibrid, iaitu menggabungkan penyertaan secara fizikal dan dalam talian.

“Terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) atas sokongan penuh penganjuran acara-acara ini.

“Dengan inisiatif Geran Pembangunan Pasaran (MDG) mampu menggalakkan penyertaan pempamer dengan disokong oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan termasuk kerjasama daripada gabungan 100 persatuan,” katanya.

MIBS ke-17 serta MyBrands dan Pameran Eksport Zhejiang ke-8 (Malaysia) 2022 akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 hingga 4 Disember ini manakala, MIMF (1 hingga 3 Disember) berlangsung di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa (MITEC).

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: AQMAL MAHU BERJUANG HABIS-HABISAN! LETAK MATLAMAT UNTUK SAMPAI KE ‘FINAL’!
Next: Malaysia tarik pelaburan RM123.3 bilion

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.