Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia Airlines lancar penerbangan Kota Kinabalu-Singapura
  • ACTIVITY

Malaysia Airlines lancar penerbangan Kota Kinabalu-Singapura

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1890172.jpg
Malaysia Airlines memperkenalkan laluan penerbangan terus yang baharu antara Kota Kinabalu dan Singapura, yang memulakan operasi pada Sabtu. - Gambar hiasan

Malaysia Airlines memperkenalkan laluan penerbangan terus yang baharu antara Kota Kinabalu dan Singapura, yang memulakan operasi pada Sabtu. – Gambar hiasan

MALAYSIA Airlines mencapai satu lagi kejayaan dalam pelan pengembangan rangkaiannya dengan memperkenalkan laluan penerbangan terus yang baharu antara Kota Kinabalu dan Singapura, yang memulakan operasi pada Sabtu.

Penerbangan pertama itu diraikan dengan majlis sambutan untuk penumpang yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) pada 12:25 tengah hari waktu tempatan melalui penerbangan MH648 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi (SIN).

Kapten Izham Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group, yang mengendalikan Malaysia Airlines berkata, laluan itu akan meningkatkan lagi kesalinghubungan dan fleksibiliti untuk penumpang yang menuju ke Singapura berikutan syarikat penerbangan itu turut menawarkan penerbangan terus ke negara tersebut melalui hab utamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kuching.

“Dengan perkhidmatan baharu ini, penumpang dari Singapura boleh dihubungkan dengan lancar ke negeri di bawah bayu itu untuk menemui tarikan indah di Sabah dan malah mengelilingi sekitar negeri dari BKI melalui syarikat penerbangan sekutu Firefly dan MASwings.

“Kami berharap dapat meningkatkan lagi pertumbuhan kami, memperkenalkan laluan strategik baharu dan meningkatkan kapasiti kami untuk mencapai lebih 70 peratus daripada kapasiti kami sebelum Covid-19 menjelang akhir tahun,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah, Noredah Othman berkata, sejak pembukaan semula laluan SIN-BKI pada April, laluan itu mencatatkan aliran meningkat dengan 1,248 ketibaan pada Mei dan 3,051 ketibaan pada Jun.

“Dengan tambahan Malaysia Airlines, kami yakin trend ini akan berterusan,” katanya.

Malaysia Airlines akan melaksanakan penerbangan terus tiga kali seminggu pada Isnin, Khamis dan Sabtu, berlepas dari BKI-SIN melalui MH647 pada jam 7pagi dan berlepas dari SIN-BKI melalui MH648 pada jam 10 pagi.

Penerbangan akan dikendalikan oleh pesawat B737-800, dilengkapi dengan 160 tempat duduk, terdiri daripada 16 tempat duduk untuk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk untuk kelas ekonomi. – Bernama


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Hati-hati dengan wabak koronavirus! – Sinar Harian
Next: X70 terima anugerah Kereta Terbaik 2019

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.