Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • FAMA Perak sasar RM1 juta jualan melalui program JTDLKM
  • ACTIVITY

FAMA Perak sasar RM1 juta jualan melalui program JTDLKM

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1890827.jpg

LEMBAGA Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak optimis sasaran RM1 juta dapat dicapai melalui pembukaan 100 lokasi Program Khas Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) menjelang penghujung Disember ini.

Pengarahnya Noorsham Ramly berkata, buat masa ini program tersebut telah dilaksanakan di 53 lokasi melibatkan 194 orang usahawan dengan jualan terkumpul sebanyak RM571,250.

“Kita yakin dengan sasaran yang telah ditetapkan memandangkan permintaan orang ramai melalui program ini terutama di kawasan luar bandar seperti Teluk Intan, Lenggong dan beberapa kawasan lain dilihat amat memberangsangkan.

“Ini kerana ia memberi ruang kepada pengguna untuk mendapatkan barangan keperluan harian seperti ikan, sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan dengan diskaun sebanyak lima hingga 10 peratus berbanding harga di pasaran,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program JTDLKM di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng, pada Ahad.

Dilapor pada 1 Julai lepas, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata sebanyak RM10.5 juta disasarkan melalui program JTDLKM selain bakal memberi manfaat kepada 420,000 pengguna di seluruh negara.

Noorsham berkata, program itu juga secara tidak langsung membuka ruang pasaran lebih besar kepada para usahawan dalam sektor pertanian, perikanan, perladangan dan sebagainya untuk meningkatkan penjanaan pendapatan.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak Noraishah Hashim berkata, Perak adalah antara negeri pengeluar utama hasil ikan air tawar dan air payau di Malaysia dengan anggaran pengeluaran hampir 45,000 tan metrik setahun.

Beliau berkata, bagi meningkatkan jumlah pengeluaran tersebut sebanyak lima juta benih ikan akan dilepaskan di perairan umum sepanjang tahun ini oleh jabatan perikanan. – Bernama


Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Aplikasi MyTaman tingkat keselamatan komuniti
Next: JUARA BERTEMU JUARA, BERENTAP UNTUK TERPALING JUARA! SHAZ PALING ‘WOW’ MINGGU INI

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.