Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka rendah – Sinar Harian
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka rendah – Sinar Harian

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1891168.jpg

BURSA Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan sentimen mengelak risiko, mengambil petunjuk daripada penurunan mendadak di Wall Street pada Jumaat, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 16.29 mata kepada 1,484.0 daripada 1,500.29 pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 13.77 mata kepada 1,486.52.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 494 berbanding 47 manakala 152 kaunter tidak berubah, 1,666 tidak diniagakan dan 81 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 200.45 juta unit bernilai RM105.12 juta.

Dalam nota penyelidikan, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, bursa tempatan dijangka mencatatkan jualan yang meluas berikutan penurunan mendadak di Wall Street semalaman selepas kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang menyokong kadar faedah tinggi pada Jumaat lepas.

“Kami percaya keputusan kadar faedah oleh Fed AS pada masa akan datang akan terus mendorong ketidaktentuan pasaran. Di peringkat tempatan, pelabur akan memantau data kadar inflasi Malaysia pada tengah hari,” katanya.

Mengenai komoditi, firma pembrokeran itu berkata, harga minyak mentah meningkat melebihi AS$100 manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melebihi RM4,150.

Bagi sektor yang menjadi tumpuan, katanya pelabur mungkin mengelak saham teknologi dengan kewujudan semula kebimbangan mengenai implikasi daripada kadar faedah tinggi terhadap pasaran global.

Bagaimanapun, mereka mungkin memilih sektor yang defensif seperti saham pengguna, amanah pelaburan hartanah, bahan binaan, utiliti dan sektor perbankan untuk menghadapi tempoh tidak menentu.

Sementara itu, saham wajaran tinggi Maybank dan Public Bank, masing-masing merosot tiga sen kepada RM8.88 dan RM4.60, Petronas Chemicals berkurangan satu sen kepada RM8.68, CIMB susut 11 sen kepada RM5.35 dan IHH Healthcare turun dua sen kepada RM6.35.

Daripada saham aktif, Dagang Nexchange merosot tiga sen kepada 84.5 sen, waran Serba Dinamik berkurangan setengah sen kepada 1.5 sen dan Agmo susut dua sen kepada 87.5 sen manakala Borneo Oil dan VinVest Capital, masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas jatuh 132.52 mata kepada 10,516.32, Indeks FBMT 100 berkurangan 123.74 mata kepada 10,269.62, FBM 70 merosot 195.69 mata kepada 12,550.46, FBM ACE susut 123.37 mata kepada 4,833.0 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 161.04 mata kepada 10,598.93.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 65.90 mata kepada 6,988.44, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 2.57 mata kepada 179.61, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 117.62 mata kepada 16,606.07 dan Indeks Tenaga turun 14.24 mata kepada 713.20. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Teknik kumpul deposit beli rumah: Usah mengeluh, ada cara betul yang boleh dijadikan panduan
Next: Rintis rekaan, fleksibiliti TV futuristik

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.