Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati
  • ACTIVITY

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen berhati-hati

Helmi Aziz September 1, 2022 2 minutes read
1892349.jpg

BURSA Malaysia dibuka rendah pada Selasa dan diniagakan berhati-hati, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lemah susulan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.70 mata kepada 1,501.50 daripada 1,501.57 sewaktu ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 0.79 mata kepada 1,500.78.

Bagaimanapun, suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 148 berbanding 119, manakala 184 kaunter tidak berubah, 1,881 tidak diniagakan dan 53 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 153.77 juta unit bernilai RM60.59 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota berkata, sentimen pasaran global dijangka kekal berhati-hati disebabkan kebimbangan yang berterusan mengenai kenaikan kadar faedah yang akan datang susulan pendirian kukuh Rizab Persekutuan kepada kecenderungan meningkatkan kadar faedah.

Dalam negara, kenaikan inflasi Malaysia pada Julai mungkin menyebabkan berlakunya satu lagi kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia, katanya.

Malacca Securities berkata, dari segi komoditi, harga minyak mentah melonjak melepasi paras AS$105 setong, manakala minyak sawit mentah (MSM) diniagakan melebihi RM4,200.

“Bagi sektor yang menjadi tumpuan, Wall Street kekal dalam sentimen lemah semalaman, tekanan jualan mungkin berterusan dalam sektor teknologi, namun, belian semasa harga rendah mungkin berlaku. Dalam persekitaran kitaran meningkat OPR pula, ia boleh memanfaatkan kaunter-kaunter perbankan.

“Kami turut menyaksikan potensi kenaikan dalam sektor tenaga berikutan harga minyak mentah meningkat semula melebihi AS$105,” katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing susut satu sen kepada RM8.92 dan RM5.38, IHH Healthcare turun tiga sen kepada RM6.31, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.64 dan Petronas Chemicals menokok sembilan sen kepada RM8.99.

Dalam kalangan saham aktif, Vortex dan Bumi Armada masing-masing meningkat satu sen kepada 19 sen dan 42.5 sen, Dagang Nexchange dan Agmo masing-masing menokok 1.5 sen kepada 86.5 sen dan 93.5 sen, manakala AHB Holdings tidak berubah pada 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.08 mata kepada 10,640.58, Indeks FBMT 100 menambah 14.13 mata kepada 10,391.0, FBM 70 naik 76.27 mata kepada 12,699.93 dan FBM ACE naik 17.09 mata kepada 4,898.89 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 30.23 mata kepada 10,763.57.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menokok 0.70 mata kepada 7,107.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.75 mata kepada 183.67 dan Indeks Tenaga naik 11.47 mata kepada 734.57,manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.23 mata kepada 16,705.16.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Usah semberono jual rumah – Sinar Harian
Next: Kawalan serangga perosak mesra alam

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.