Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Malaysia Airlines tingkat penerbangan tambahan ke Sabah, Sarawak
  • ACTIVITY

Malaysia Airlines tingkat penerbangan tambahan ke Sabah, Sarawak

Helmi Aziz April 18, 2022 2 minutes read
1667382.jpg

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd akan menambah 20 frekuensi tambahan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu pada tempoh penerbangan puncak semasa hari raya bermula 28 April hingga 8 Mei 2022 bagi menampung lonjakan dalam penerbangan domestik.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, syarikat penerbangan nasional itu berkata, dengan kekerapan tambahan lebih 7,000 tempat duduk disediakan, tambang akan diselaraskan secara dinamik ke bawah supaya pelanggan dapat menikmati tambang rendah.

“Bagi meraikan hari raya, Malaysia Airlines akan menawarkan diskaun sehingga 20 peratus tambang penerbangan ke semua destinasi domestik untuk tempahan dari 19-27 April 2022 terhadap perjalanan serta-merta sehingga 31 Julai 2022.

“Penerbangan dari Kuala Lumpur akan bermula serendah RM139 untuk tambang semua dalam satu ke destinasi Semenanjung Malaysia, dari RM209 ke Miri, Bintulu, Kuching, Sibu, Sandakan, dan dari RM262 ke Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Labuan,” tambahnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata, syarikat penerbangan di seluruh dunia menetapkan harga tiket penerbangan secara dinamik, tertakluk kepada permintaan dan bekalan serta berdasarkan tarikh, masa dan ketersediaan tempat duduk dalam jangka masa tertentu.

“Tambang juga akan diselaraskan dengan kesanggupan penumpang untuk membayar berdasarkan trend waktu puncak dan bermusim serta daya saing berbanding syarikat penerbangan lain.

“Ia tidak pernah menjadi hasrat Malaysia Airlines untuk menaikkan tambang yang tinggi bagi menyusahkan pelanggan kami, terutamanya semasa musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata, faktor muatan Malaysia Airlines telah melepasi 90 peratus pelanggannya yang membeli tiket kelas ekonomi antara RM139 hingga RM1,047 semasa tempoh perjalanan puncak yang ditawarkan pada promosi awal.

“Kami menggalakkan pelanggan kami merancang perjalanan dan membeli tiket mereka semasa tempoh promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines dari semasa ke semasa bagi memastikan mereka mengoptimumkan pilihan mereka untuk menikmati ‘Malaysian Hospitality’ kami.

“Malaysia Airlines telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan perjalanan selamat dan terjamin berikutan dakwaan syarikat penerbangan mengenakan tambang tinggi semasa musim perayaan baru-baru ini,” katanya. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Capital A gesa kerajaan Asia longgarkan lagi sekatan perjalanan
Next: Penggunaan e-dompet meningkat 131 peratus pada 2020

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.