Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Perdagangan barter akan dilaksanakan semula di Labuan
  • ACTIVITY

Perdagangan barter akan dilaksanakan semula di Labuan

Helmi Aziz April 14, 2022 2 minutes read
1662952.jpg

LABUAN akan melaksanakan semula aktiviti perdagangan barter tradisional untuk memacu ekonomi pulau bebas cukai ini kembali seperti yang dirancang, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Oleh itu, katanya Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengemukakan permohonan kepada kementerian yang berkaitan.

“Semasa zaman kegemilangan perdagangan, ekonomi Labuan adalah baik, justeru kami akan memohon untuk melaksanakan semula perdagangan barter.

“Kami di kementerian akan mendengar pandangan rakyat dan melakukan apa sahaja yang kami mampu untuk memulihkan ekonomi Labuan,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara Perbadanan Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) dan beberapa pertubuhan perniagaan di sini.

Shahidan berkata, melaksanakan semula perdagangan itu akan mewujudkan lebih banyak pekerjaan serta menjana pendapatan dan peluang perniagaan baharu untuk restoran dan pengusaha hotel.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan sedang mengkaji langkah untuk menstabilkan harga barangan pengguna yang telah menjadi kebimbangan kewangan kepada penduduk Labuan.

“Kami telah difahamkan bahawa caj penghantaran yang tinggi menjadi punca utama harga barang tinggi di Labuan.

“Terdapat banyak faktor lain yang menyebabkan harga barang naik, seperti terlalu banyak kargo (diimport) tetapi tidak banyak kapal yang singgah di Pelabuhan Labuan.

“Oleh itu, kita cuba memansuhkan monopoli dalam penghantaran barangan ke pulau ini berikutan ini boleh menyebabkan harga tidak stabil,” katanya.

Shahidan juga berkata sektor minyak dan gas Labuan, yang dilihat sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi paling penting bagi pulau ini, akan terus menerima bantuan.

“Kami mahu syarikat multinasional yang beroperasi di Labuan terus beroperasi, dan kami akan memudahkan apa-apa yang berkaitan dengan operasi mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Labuan Datuk Dahlif Singh berkata usaha untuk melaksanakan semula perdagangan barter perlu diteruskan berikutan ekonomi Labuan amat memerlukan bantuan.

“Ekonomi pulau ini telah merasakan tekanan sejak perdagangan barter dihentikan pada 2016 selepas lebih empat dekad beroperasi (sejak 1970-an).

“Labuan telah mengalami kesukaran sejak perintah berhenti untuk perdagangan barter,” katanya.

Semasa zaman kegemilangan perdagangan, ratusan tan kelapa kering diimport dan dieksport manakala peniaga Filipina akan memuatkan bot kumpit mereka dengan tekstil, jeans, produk dalam tin dan peralatan elektrik dalam perjalanan pulang mereka. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MAPIM Lancar Ikatan Selebriti Pencinta Al-Aqsa (KACA)
Next: Pasaran getah kembali meningkat pada akhir dagangan

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.