Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Peralihan ke endemik beri suntikan pada ekonomi negara: Pakar
  • ACTIVITY

Peralihan ke endemik beri suntikan pada ekonomi negara: Pakar

Helmi Aziz April 12, 2022 3 minutes read
1660568.jpg

EKONOMI Malaysia dijangka mengukuh tahun ini sejajar dengan usaha negara memasuki fasa peralihan ke endemik yang dimulakan dengan langkah pembukaan semula sempadan antarabangsa.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) diunjur berkembang sekitar 6.0 peratus (2021:3.1 peratus) bagi tahun ini manakala KDNK suku pertama dijangka mencatat pertumbuhan 5.0 hingga 6.0 peratus (2021:-0.5 peratus).

Profesor Ekonomi Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata, momentum pertumbuhan tersebut disokong oleh penggunaan dan pelaburan swasta lebih kukuh dalam persekitaran sentimen lebih positif dan prospek secara keseluruhannya.

“Sektor berasaskan sumber serta komoditi, terutama minyak sawit, getah serta minyak dan gas (O&G) dijangka berkembang berikutan peningkatan harganya,” katanya dalam satu kajian pada Selasa.

Beliau berkata, sektor elektrikal dan elektronik juga dijangka terus meraih manfaat susulan pengukuhan permintaan eksport apabila permintaan bekalan elektronik global yang kekal terjejas manakala sektor perkhidmatan (termasuk import dan eksport perkhidmatan) juga diunjur menyaksikan permintaan lebih tinggi pada tahun ini selepas ekonomi dibuka semula.

Yeah juga menyifatkan, fasa peralihan negara ke endemik itu akan memberi kesan limpahan terhadap pelbagai industri.

“Sebagai contoh, industri penerbangan, hospitaliti dan berkaitan pelancongan dijangka bangkit daripada prestasi suram selama dua tahun dan mencatat pencapaian lebih baik ketika mereka membina semula lembaran imbangan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu turut memberi peluang kepada sektor runcit.

Malah, beliau berkata, langkah menarik balik sekatan di sempadan juga dapat memberi kemudahan bagi aktiviti perniagaan rentas sempadan, perkhidmatan dagangan dan berkaitan pelaburan selain membabitkan usaha penggabungan dan pengambilalihan.

Menurutnya, walaupun Malaysia tidak mendapat kesan langsung daripada konflik Rusia-Ukraine, gangguan terhadap pasaran tenaga dan komoditi global berserta usaha mengelak risiko yang ketara, berkemungkinan memberi kesan jangka pendek ke atas inflasi, perolehan eksport dan pasaran kewangan negara.

Selain itu, Yeah berkata, kesan negatif pusingan kedua ke atas pertumbuhan global berkemungkinan menjejaskan prospek luaran bagi Malaysia yang bercirikan ekonomi terbuka.

“Pasaran komoditi dan kewangan akan menyaksikan ketidaktentuan lebih ketara biarpun peningkatan harga komoditi, termasuk O&G adalah positif untuk pendapatan eksport Malaysia dan meningkatkan lagi lebihan akaun semasa.

“Biarpun aliran masuk portfolio asing jangka pendek dijangka meningkat susulan pelbagaian risiko geopolitik yang dilihat memihak kepada pasaran Malaysia, namun perubahan pasaran diunjur ketara berikutan peningkatan risiko geoplitik, pertumbuhan dan dasar dalam keadaan semasa,” katanya.

Sementara itu, Kenanga Research berkata, bagi kemajuan masa depan, prospek ekonomi negara yang kukuh akan turut merangsang prestasi ringgit yang diunjur mengukuh kepada 4.10 berbanding dolar AS daripada 4.17 tahun lepas walaupun dalam ketidaktentuan yang ketara.

Menurutnya, ia kekal berhati-hati terhadap pasaran tempatan dan mengunjurkan ringgit terus diniagakan di bawah tekanan dalam beberapa bulan akan datang akibat faktor ketidaktentuan pasaran susukan krisis Eropah Timur, langkah China melaksanakan sekatan pergerakan ketat bagi membendung Covid-19 serta sentimen Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang cenderung ke arah menaikkan kadar faedah.

Mengulas kadar dasar semalaman, Kenanga Research berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) berkemungkinan besar menaikkan kadar itu pada suku ketiga 2022 selepas petunjuk ekonomi memaparkan pemulihan yang mampan.

“Langkah pembukaan semula sempadan Malaysia pada 1 April selain pendirian dasar akomodatif BNM yang berterusan, dilihat dapat meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi dalam separuh kedua tahun ini,” katanya dalam nota tinjauannya. -Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: TNB, S P Setia meterai MoU solusi tenaga pintar
Next: Kolaborasi Sunway, artis tempatan meriahkan ‘Riuh Ria Raya’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.