Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Celcom tambah baik kesalinghubungan digital di Sabah
  • ACTIVITY

Celcom tambah baik kesalinghubungan digital di Sabah

Helmi Aziz April 7, 2022 3 minutes read
1653748.jpg

Celcom memperuntukkan lebih RM200 juta bagi pelaburan rangkaian perbelanjaan modal (Capex) untuk Sabah dan Sarawak

SHAH ALAM – Celcom Axiata Berhad (Celcom) menambah baik kesalinghubungan digital di Sabah menerusi inisiatif ‘Pasang Terus’ yang inovatif serta terkini, pelanggan Celcom di Sabah dapat menikmati kesalinghubungan dengan pemasangan internet Celcom Home Fibre pada hari yang sama.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, inisiatif Celcom ‘Pasang Terus’ secara eksklusif ini membolehkan pelanggan di kawasan terpilih di Sabah untuk nikmati pemasangan Celcom Home Fibre pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu.

“Kesemua pelan Celcom Home Fibre boleh digabungkan dengan pelan pascabayar Celcom Xpax, menawarkan kesalinghubungan terbaik dengan internet fiber dan peranti mudah alih pada harga berpatutan iaitu RM119.

“Pelan Celcom Home Fibre menawarkan pelanggan di Sabah dengan Internet berkelajuan tinggi tanpa had sehingga 1Gbps (terdapat di beberapa kawasan terpilih di Sabah) hanya pada RM229 sebulan,”jelas kenyataan itu pada Isnin.

Selain itu, pelanggan Celcom Home Fibre juga dapat menikmati kelajuan internet sehingga 200Mbps pada harga RM120 sebulan dan ditawarkan Router AX percuma, Wi-Fi Mesh percuma serta rebat bil sehingga tiga bulan dengan pelan terpilih.

Menurut kenyataan itu, Celcom telah memperuntukkan lebih RM200 juta bagi kerja penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak pada tahun ini.

“Kerja-kerja bagi penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuk peningkatan liputan dan kapasiti 4G LTE, Rangkaian Teras Celcom, serta pelaburan bagi liputan fiber untuk Celcom Timur Sdn Bhd (CTSB).

“Sehingga akhir tahun 2021, penggunaan data di Sabah dan Sarawak juga meningkat sebanyak 31 peratus dan 34 peratus berbanding pada akhir tahun 2020,” jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Idham Nawawi berkata, pelanggan di Sabah kini boleh menikmati tawaran konvergen eksklusif Celcom yang disertakan dengan pelan peranti mudah alih dan Home Fibre yang berpatutan.

Menurutnya, pelanggan dapat ‘Pasang Terus’ pelan Celcom Home Fibre dan nikmati kesalinghubungan internet fiber pada hari yang sama tanpa perlu membuat janji temu pada waktu yang berbeza.

“Dengan pelan Celcom Home Fibre dan pelan konvergen kami, pelanggan Sabah dapat kekal berhubung bagi sebarang tujuan penggunaan digital, sama ada untuk bekerja, permainan, penstriman video dan pembelajaran, semuanya pada hari yang sama.

“Selaras dengan aspirasi Jalinan Digital Negara (Jendela) serta kerjasama dengan pihak industri, kami amat mementingkan penambahbaikan buat rangkaian kami di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, dengan pelancaran rangkaian baharu, Celcom menyasarkan untuk meningkatkan liputan populasi 4G LTE kepada 85 peratus untuk Sabah manakala 92 peratus untuk Sarawak menjelang akhir tahun 2022.

“Penambahbaikan rangkaian di Sabah dan Sarawak termasuklah memodenkan perkhidmatan rangkaian kami dengan menggunakan teknologi hujung ke hujung seperti 16T16R multiple-input dan multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan lain-lain.

“Dengan penambahbaikan tersebut, bersama – sama dengan rangkaian teras khusus untuk Sabah dan Sarawak, ia bertujuan untuk memberi pengalaman yang lebih baik untuk semua pengguna Celcom,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: LKE Hydroponic Farm Peneraju Contoh Agrikultur Moden dan Amalan Inovasi Hijau
Next: Cuckoo International perkenal inovasi terkini, duta

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.