Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka rendah ekoran ketegangan geopolitik global
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka rendah ekoran ketegangan geopolitik global

Helmi Aziz April 6, 2022 2 minutes read
1652330.jpg

KETEGANGAN geopolitik global menyaksikan nilai ringgit menyusut daripada keuntungan yang diraih pada Selasa untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi Rabu ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.2150/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2080/2125 pada penutupan Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, perang di Ukraine kekal sebagai pemacu utama dalam pasaran pada masa ini.

Dilaporkan bahawa imej satelit memaparkan mayat bergelimpangan di jalan selepas tentera Rusia berundur dari Bucha, sebuah bandar berhampiran ibu negara Ukraine, Kyiv.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid pula mengulas dolar AS terus meningkat lebih tinggi kerana penghindaran risiko berterusan apabila sekutu barat dijangka meningkatkan sekatan mereka terhadap Rusia.

“Ini susulan daripada penemuan ngeri di Bucha di mana tindakan kejam dan jenayah berada pada tahap paling teruk,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, pendirian monetari Rizab Persekutuan (Fed) yang cenderung untuk menaikkan kadar faedah akan meningkatkan nilai dolar AS.

“Dengan yang demikian, Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.49 peratus kepada 99.486 mata, manakala ringgit boleh kekal lemah antara RM4.21 dan RM4.22,” kata Mohd Afzanizam.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding pound Britain kepada 5.5069/5115 daripada 5.5297/5356 pada penutup Selasa dan meningkat berbanding euro kepada 4.5922/5961 daripada 4.6191/6241.

Nilai ringgit juga tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0979/1007 daripada 3.1048/1086 pada Selasa dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.4039/4070 daripada 3.4256/4295. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Bank Dunia sokong kaji semula pemberian subsidi bahan api
Next: Ejen2u Platform Pengurusan Ejen Yang Komprehensif Di Pasaran

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.