Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Nestle bantu 10 rumah jagaan warga emas
  • ACTIVITY

Nestle bantu 10 rumah jagaan warga emas

Helmi Aziz April 1, 2022 2 minutes read
1647045.jpeg

SHAH ALAM – Nestle Malaysia Berhad (Nestle) berjaya mengumpulkan lebih RM80,000 menerusi Kempen Tahun Baharu Cina, Maggi Gong Xi Masak, Gong Xi Meriah dan disumbangkan kepada 10 rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Maggi, Nestlé, Geetha Balakrishna berkata, sempena menyambut Tahun Baharu Cina, Maggi memperluaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat itu kepada warga emas sebagai satu tanda penghargaan.

Menurutnya, inisiatif tanggungjawab sosial korporat Nestlé sempena kempen itu menyaksikan Nestlé menyumbang 10 sen untuk setiap penyertaan peraduan yang diterima daripada orang ramai menjadikan jumlah sumbangan mencecah RM81,000.

“Kami berharap sumbangan ini akan menambah keceriaan mereka di musim perayaan, menggamit memori kenangan manis mereka bersama yang tersayang dan sewaktu zaman muda. Kami berbesar hati melihat ramai rakyat Malaysia turut menyokong kempen ini untuk menyumbang kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Geetha berkata, Nestlé membantu warga emas di rumah jagaan terbabit untuk memahami dan mengenalpasti keperluan mereka seperti bekalan makanan, keperluan rumah, kerusi roda, tilam, dan peralatan elektrik termasuk ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi.

“Beberapa buah rumah ini juga mengalami kerosakan harta benda akibat banjir besar pada Disember tahun lalu dan memerlukan sokongan dalam menaik taraf dan membaikpulih kemudahan kediaman mereka.

“Selaras dengan janji jenama kami, Anda dan Maggi Sajikan Kelainan, kami juga telah menyumbang pelbagai bekalan makanan ke rumah-rumah jagaan warga emas ini. Kami percaya bahawa makanan yang disediakan sendiri di rumah mampu membawa kebaikan dan perubahan positif kepada para penghuni rumah tersebut serta komuniti,” tambah Geetha.

Menurutnya, 10 buah rumah jagaan warga emas yang dipilih untuk menerima sumbangan termasuklah Rumah Charis, Pusat Jagaan Wargamas Air Tenang, Rumah Orang Tua Sahana dan Noble Care di Lembah Klang; Pertubuhan Kebajikan Rumah Orang-orang Tua Islam Titian Abadi dan Darul Hanan di Pulau Pinang; Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan dan Pertubuhan Kebajikan Orang Kurang Upaya di Johor; Mesra Homecare Centre di Kelantan dan Pusat Penjagaan Orang Tua Grannnies di Pahang.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Ekspo 2020 Dubai antara usaha ke arah pemulihan ekonomi Malaysia
Next: ALIF SATAR & THE LOCOS x RAIHAN TAMPILKAN EP ‘THE SUNNAH THE BETTER’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.