Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Airasia selesai 99 peratus pertanyaan permintaan bayaran balik
  • ACTIVITY

Airasia selesai 99 peratus pertanyaan permintaan bayaran balik

Helmi Aziz March 29, 2022 2 minutes read
1643406.jpg

AIRASIA Aviation Group Ltd (AAAGL) telah menyelesaikan lebih 99 peratus pertanyaan tetamu/pelanggan berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak dua tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Bo Lingam berkata, syarikat penerbangan itu telah menerima jumlah pertanyaan yang amat tinggi dengan purata kira-kira 200,000 setiap hari semasa tempoh puncak.

“Kami telah berhubung dengan lebih lima juta tetamu sejak pandemik bermula dan menyelesaikan sebahagian besar permintaan mereka berkaitan penerbangan yang dibatalkan dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan.

“Bagi semua syarikat penerbangan bawah AAAGL, kami setakat ini telah memberikan kembalian kepada lebih tiga juta tempahan tiket sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai ataupun akaun kredit. Secara keseluruhan kami menerima permintaan untuk bayaran balik sebanyak AS$1.80 bilion (AS$1=RM4.22) daripada para tetamu sejak 2020,” katanya dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah permintaan bayaran balik tunai, lebih 99 peratus daripadanya telah berjaya diselesaikan dengan hanya AS$14.66 juta atau 0.8 peratus masih dalam proses pembayaran dan ianya dijangka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi, tambah beliau.

Menurutnya, sebahagian besar tetamu mereka telah memilih akaun kredit yang diproses serta-merta dan sah sehingga dua tahun untuk tempahan daripada tarikh dikeluarkan.

Beliau berkata, dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan di kebanyakan pasaran utamanya, kira-kira 88 peratus daripada akaun kredit yang dikeluarkan telah digunakan, menandakan keinginan dan keyakinan yang kukuh terhadap perjalanan udara dalam kalangan orang ramai. – Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: PERASMIAN BUTIK BARU FIPPER DI PUSAT MEMBELI BELAH PAVILLION, BUKIT JALIL
Next: CHRONICALZ & DC WILLIE TERUS UNGGUL DENGAN ‘NOW CEMANE?’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.