Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Honor bakal lancar empat produk mega Honor X
  • ACTIVITY

Honor bakal lancar empat produk mega Honor X

Helmi Aziz March 25, 2022 2 minutes read
1640007.jpg

SHAH ALAM – Honor Malaysia (Honor) bakal membuat kemunculan pertama tahun ini dengan melancarkan empat produk mega yang menggambarkan statusnya sebagai kuasa besar dalam dunia pembuatan telefon pintar.

Honor dalam kenyataan memaklumkan, empat produk tersebut melibatkan model-model siri Honor X; Honor X9, Honor X8, dan Honor X7 berserta komputer riba versi baharu.

Tambahnya, slogan ‘Lagi Tahan Lagi Best’ menerusi video di Facebook mereka menandakan kemunculan sebuah telefon pintar yang tahan lasak dan tahan lama.

“Difahamkan Siri Honor X seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut diuji kualitinya, malah melalui beberapa ujian seperti ujian tekanan ringan sebanyak 2,000 kali, ujian sesentuh pad 800,000 kali dan Ujian Tahan Karat Dengan Semburan Garam Berterusan 24 jam

“Semuanya demi memastikan setiap satunya lulus cabaran pengeluaran sebelum ke proses selanjutnya,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Mengulas lanjut, Honor berkata, daripada segi prestasi, Honor X9 diuji dan lulus dengan cemerlang dengan kadar penuaan hanya 3.8 peratus selepas penggunaan selama 3 tahun.

Ia diuji dalam tempoh 36 bulan dan langsung tidak menunjukkan sebarang tanda lembab sekaligus memberi jaminan kualiti terbaik kepada pengguna.

“Kita imbas kembali empat tahun lalu dengan pelancaran Honor X8. Sehingga hari ini Honor memegang rekod 50,000 pengguna aktif, dengan maklum balas bernilai yang berkaitan ketahanan peranti.

“Angka-angka itu hasil daripada pelaburan besar Honor dalam kajian dan pembangunan (R&D) bagi menjamin kualiti dan jangka hayat peranti.

“Kami memahami adanya risiko yang bakal menanti jika tidak mementingkan kualiti,” ujarnya.

Tambahnya, Honor menjangkakan standard yang harus dicapai perlu selari dengan pengalaman pengguna dengan 600 standard kualiti berbeza meliputi setiap aspek reka bentuk, pembangunan, bahan-bahan, pengilangan dan kualiti lain.

Selain itu, sejak berdiri sebagai jenama sendiri, Honor menyusun semula struktur dalamannya dan berdiri gah melalui pelancaran Honor Magic V.

“Ia masih mendapat permintaan ramai walaupun harganya meningkat 40 peratus, diikuti siri Honor Magic4 selepas pelancarannya di MWC 2022, terus memantapkan kedudukannya dalam bidang telefon pintar flagship.

“Terima kasih kepada peningkatannya baru-baru ini, Honor dijangka menjadi salah satu tiga jenama telefon pintar premium terbesar,” jelasnya.

Sementara itu, Malaysia kini menantikan pelancaran Honor pada 29 Mac akan datang.

“Pelancaran produk baharu bertemakan “Ready To Go Beyond” pastinya sesuatu yang tidak boleh dilepaskan!

“Ini pastinya membuatkan ramai teruja dan di luar jangkaan rakyat Malaysia,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: SDP catat RM2.7 bilion sepanjang lima tahun
Next: Petronas, Schlumberger teroka bidang digital, IoT

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.