Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Syarat permohonan pembiayaan mikro dipermudah
  • ACTIVITY

Syarat permohonan pembiayaan mikro dipermudah

Helmi Aziz March 22, 2022 2 minutes read
1636802.jpeg

PRIHATIN dengan nasib penjaja dan peniaga kecil di negara ini, pelbagai syarat dipermudahkan untuk pemohon Program Pembiayaan Mikro menerusi Bank Rakyat yang dibuka bermula Isnin.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar memberitahu, antara syarat yang dipermudahkan adalah tiada semakan dilakukan menerusi Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit (CCRIS) dan CTOS bagi permohonan tersebut.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM48.52 juta telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Putrajaya pada 3 Disember lalu.

“Ia janji yang telah dibuat oleh Perdana Menteri dan peruntukan ini sudah dapat dan sedia ada di Bank Rakyat di mana kita ubah suai untuk beri pinjaman mikro kepada penjaja dan peniaga kecil.

“Selain itu, tiada faedah dikenakan dan diberikan moratorium selama tempoh 12 bulan,” katanya kepada pemberita pada Selasa.

Beliau ditemui selepas majlis penyerahan Geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bernilai RM3,000 seorang secara one-off kepada lebih 500 orang terdiri usahawan informal dan mikro Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak di sini.

Hadir sama, Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah dan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Tambahnya, tempoh seminggu kelulusan diberikan bagi permohonan tersebut dan beliau berharap proses tersebut boleh dipercepatkan.

“Jumlah maksimum pinjaman sebanyak RM50,000 dan kalau usahawan informal boleh pinjam hingga RM10,000,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu peruntukan tahun ini sebanyak RM200 juta menerusi Skim Pembiayaan Informal (SPIN) membabitkan kira-kira 23,000 usahawan informal yang terjejas akibat pandemik Covid-19 dan banjir telah habis diagihkan kepada golongan terbabit dalam tempoh tiga bulan.

“Tahniah kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dalam tempoh tiga bulan ia berjaya diagihkan kepada 23,000 usahawan informal.

“Setakat ini terdapat 3,000 lagi permohonan dalam perhatian (KIV) dan jika dapat peruntukan tambahan, kita akan proses permohonan dalam senarai menunggu tersebut,” katanya.

Namun Noh menjelaskan bagi usahawan biasa masih boleh memohon skim-skim pembiayaan lain yang berjalan seperti biasa.

Sementara itu, bagi geran BKKM, beliau juga memberitahu dana sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan juga habis dan permohonan telah ditutup pada 19 Mac lalu selepas ia dibuka kepada golongan terbabit bermula 22 Februari lalu.

“Sehingga kini sebanyak 16,058 permohonan telah diterima di seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 9,688 permohonan diluluskan dengan nilai RM29.06 juta manakala baki selebihnya, 6,730 permohonan masih dalam proses penilaian,” tambahnya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah AS$115.2 billion
Next: Ringgit pulih untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.