Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Keuntungan bersih Public Bank melonjak kepada RM5.66 bilion
  • ACTIVITY

Keuntungan bersih Public Bank melonjak kepada RM5.66 bilion

Helmi Aziz February 25, 2022 2 minutes read
1557763.jpg

KUALA LUMPUR – Keuntungan bersih Public Bank Bhd melonjak kepada RM5.66 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM4.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatan adalah lebih rendah pada RM19.62 bilion daripada RM20.30 bilion.

Pengasas dan Pengerusi Emeritus Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow berkata, asas-asas dan kekuatan perniagaan kumpulan dalam pinjaman serta deposit terus menyokong prestasi kewangan bank itu.

“Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 7.7 sen sesaham. Dividen interim kedua akan dibayar menjelang 22 Mac 2022, berdasarkan tarikh hak dividen 14 Mac 2022.

“Bersama dividen interim pertama sebanyak 7.5 sen sesaham, dividen tahun penuh untuk 2021 adalah sebanyak 15.2 sen. Ini mewakili jumlah pembayaran dividen pada RM2.95 bilion atau 52.2 peratus daripada keuntungan bersih kumpulan bagi 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 2021, Public Bank mencapai jumlah pinjaman sebanyak 3.6 peratus kepada RM358 bilion.

Pinjaman domestik naik 3.4 peratus kepada RM334.6 bilion selepas disokong oleh pinjaman untuk hartanah kediaman, sewa beli termasuk perusahaan kecil dan sederhana Perusahaan (PKS) tetapi sebahagiannya telah diimbangi oleh pinjaman korporat yang agak sederhana berikutan pembayaran balik yang ketara daripada pelanggan korporat tertentu.

Daripada segi pembiayaan, jumlah deposit pelanggan kumpulan meningkat sebanyak 4 peratus kepada RM380.4 bilion. Dalam negeri, angka deposit pelanggan menokok 4.5 peratus kepada RM352.6 bilion.

Permintaan deposit dan simpanan berkos rendah bank itu mencerminkan kemantapan sebanyak 11.7 peratus, yang telah menyumbang secara positif kepada margin faedah bersih kumpulan.

Menurut Hong Piow lagi, kumpulan itu masih mampu mencapai pertumbuhan berterusan dalam pinjaman serta deposit di tengah-tengah persaingan yang sangat sengit di pasaran.

Menjelang akhir Disember 2021, kedudukan pendanaan awam kekal stabil dengan pinjaman kasar bagi pembiayaan dan nisbah ekuiti pada 80 peratus.

Pada tahun lepas, kumpulan itu mencatatkan peningkatan kecil sebanyak 1.4 peratus dalam perbelanjaan overhead.

Di belakang pertumbuhan pendapatan yang berterusan, ditambah dengan disiplin kos, nisbah kos kepada pendapatan kekal pada tahap yang cekap sebanyak 31.6 peratus berbanding dengan purata industri perbankan domestik pada 42.8 peratus.

Sementara itu, kira-kira RM83.4 bilion pinjaman dalam negeri telah diluluskan di bawah program bantuan pembayaran balik sehingga akhir Disember 2021, yang memberi manfaat kepada hampir 438,000 pelanggan.

Bagi skim pembiayaan khas yang dimulakan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia, Hong Piow berkata Public Bank telah mengembangkan lebih kurang RM3.4 bilion pembiayaan kepada lebih daripada 17,700 PKS.

Menjelang akhir Disember 2021, nisbah modal ekuiti biasa kumpulan Peringkat 1, nisbah modal Peringkat 1 serta jumlah nisbah modal keseluruhan berada pada tahap yang sihat, masing-masing 14.5 peratus, 14.6 peratus dan 17.7 peratus, manakala nisbah liputan mudah tunai kekal positif pada 127.3 peratus.- Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pakej Umrah Menarik Bersama Selebriti Popular Tanah Air
Next: Кракен маркетплейс даркнета как эффективный инструмент онлайн покупок с Onion зеркалом

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.