Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Untung bersih Apex Healthcare Berhad melonjak kepada RM20.7 juta
  • ACTIVITY

Untung bersih Apex Healthcare Berhad melonjak kepada RM20.7 juta

Helmi Aziz February 24, 2022 2 minutes read
1522958.jpg

SHAH ALAM – Keuntungan bersih Apex Healthcare Berhad melonjak kepada RM20.7 juta pada suku keempat berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM14.39 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelumnya.

Ini menjadikan perolehan meningkat sebanyak 44.2 peratus.

Hasil suku tahunan juga meningkat kepada 22 peratus iaitu sebanyak RM197.66 juta berbanding RM161.58 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Mengulas mengenai prestasi kewangan syarikat farmaseutikal tersebut, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Apex Healthcare, Dr Kee Kirk Chin berkata, pihaknya mencatatkan pertumbuhan yang membanggakan disebabkan peningkatan permintaan pasaran untuk farmaseutikal, produk penjagaan kesihatan pengguna dan peranti perubatan.

“Sejak Covid-19 melanda negara, rangkaian produk utama pasaran kami ialah ubat batuk dan selesema.

“Kemudian sebagai produk tambahan, kami turut menyediakan pelitup muka, ‘hand sanitizer’ (cecair pensanitasi tangan), termometer, kit ujian pantas antigen dan oksimeter,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, Dr Kirk Chin berkata, pihaknya turut menjalankan kontrak pembuatan peranti ortopedik dan instrumen pembedahan untuk syarikat multinasional global.

Katanya, rangkaian pengedaran komprehensifnya meliputi lebih daripada 14,500 hospital, farmasi, klinik dan pusat perubatan di Malaysia dan Singapura dengan memanfaatkan lapan gudang yang terletak di kedua-dua negara tersebut.

“Setakat ini kami telah mengedar dan mengeksport produk ke 18 pasaran antarabangsa, termasuk Hong Kong, Jepun, Australia dan beberapa buah negara di Asia Tenggara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan terus mengekalkan pertumbuhan perniagaan bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan kepada masyarakat.

“Sewaktu melangkah masuk ke tahun 2022, Apex Healthcare menumpukan kepada tiga aspek utama antaranya mengembangkan bahagian pasaran produk farmaseutikal dan penjagaan kesihatan pengguna selain merebut peluang pasaran melalui bekalan produk serta memanfaatkan prospek untuk perkongsian pembuatan kontrak baharu.

“Walaupun wabak Covid-19 akan memberikan pelbagai cabaran seperti gangguan bekalan bahan mentah, kos pengangkutan yang tinggi serta kemunculan varian baharu, tetapi kami tetap teguh dan optimis terhadap prospek pertumbuhan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Lembaga Pengarah di syarikat farmaseutikal itu turut mencadangkan dividen akhir sebanyak tiga sen sesaham bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2021 serta dividen khas sebanyak enam sen sesaham sempena ulang tahun ke-60 penubuhan Apex Healthcare.

“Dividen yang dicadangkan akan dibentangkan untuk kelulusan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan akan datang.

“Sehingga 31 Disember 2021, modal pasaran Apex Healthcare berjumlah RM1.28 bilion,” katanya.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: EP Borneo menang anugerah peringkat Asia Pasifik dan Asia Tenggara
Next: LBS catat keuntungan RM1.36 bilion

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.