Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Harqis Empire bantu usahawan
  • ACTIVITY

Harqis Empire bantu usahawan

Helmi Aziz February 8, 2022 5 minutes read
1441043.jpg

KUANTAN – Julung kalinya Harqis Empire Sdn Bhd (Harqis Empire) menganjurkan program Harqis Empire Leadership Bootcamp bagi membantu ejen jualannya menggandakan pendapatan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, syarikatnya yang mengeluarkan produk berjenama XS Perfect nekad untuk melahirkan ejen jualan yang berilmu dan mempunyai pendapatan bersih RM100,000 sebulan hasil jualan produk Harqis.

Menurutnya, sasaran pendapatan itu boleh dicapai sekiranya mereka mengikuti semua kaedah yang dikongsikan dalam bootcamp kerana beliau pernah mencapai jualan RM1 juta ketika menjadi pengedar produk syarikat lain sebelumnya.

“Ia bukan perkara mustahil. Mereka yang menyertai bootcamp ini adalah antara yang cemerlang dalam menghasilkan jualan tertinggi. Saya mahu berkongsi pengalaman dan rahsia dengan mereka.

“Saya yakin pengalaman dan pendedahan ilmu ini mampu memberi inspirasi kepada mereka untuk bangkit dan meraih pendapatan bulanan yang lumayan,” katanya yang ditemui selepas berakhirnya Harqis Empire Leadership Bootcamp di Hotel Zenith pada Ahad lepas.

Program tiga hari bermula 28 hingga 30 Januari lalu itu dihadiri seramai 44 ejen jualan syarikatnya. Turut serta Ketua Pegawai Operasi Harqis Empire, Muhammad Aswadi Abdul Wahap.

Turut diadakan penyerahan replika cek kepada ejen yang meraih pendapatan tinggi sepanjang tahun 2021 yang memenangi hadiah seperti kereta Proton X50, Perodua Bezza, ipad Pro dan wang tunai.

Nur Saidatul Akma (tengah) mendengar perkongsian salah seorang leader pada program Leadership Bootcamp.

Nur Saidatul Akma (tengah) mendengar perkongsian salah seorang leader pada program Leadership Bootcamp.

Bootcamp dianjurkan untuk menyuntik semangat ejen jualan supaya tidak mudah putus asa meskipun berdepan cabaran termasuk pandemik Covid-19.

“Bootcamp merupakan satu cara untuk menaikkan semula semangat ejen jualan Harqis Empire dan mendapatkan jualan lebih baik. Saya mahu mereka keluar dari kepompong tidak yakin dan berupaya memimpin orang lain.

“Aura negatif perlu dikikis jika mereka mahu menjadi ejen jualan yang berjaya dan mampu meraih jualan sehingga ratusan ribu pada setiap bulan,” katanya.

Menurutnya, modul kepimpinan turut didedahkan kepada peserta bootcamp bagi membolehkan mereka membantu ejen jualan di bawah masing-masing mempromosi produk Harqis.

Katanya, mereka yang cemerlang dari segi jualan dan jaringan produk Harqis dipilih untuk menyertai bootcamp.

Mereka yang terlibat terdiri daripada seorang executive partner, lima master leader, 33 leader dan lima stokis terpilih di seluruh negara.

“Mereka ini adalah contoh kepada ejen-ejen di bawah untuk dibantu. Saya bercadang untuk mengadakan bootcamp dua kali setahun bagi menyuntik semangat mereka dalam meningkatkan jualan produk Harqis,” ujarnya.

Menurut beliau, program bootcamp turut memberi penekanan kepada ejen jualan khususnya ‘leader’ mengenali potensi dan kebolehan yang ada pada diri masing-masing.

“Saya mahu mereka bergaul dengan sahabat leaders lain dan berkongsi ilmu serta pengalaman berhubung aktiviti jualan masing-masing,” katanya.

Raih RM20,000 sebulan

Leader Yusliza Yahya membuat seluruh dewan sebak dengan kisah hidupnya yang penuh rintangan tetapi berjaya menjana pendapatan bulanan RM20,000 dan terus dijadikan inspirasi.

Leader Yusliza Yahya membuat seluruh dewan sebak dengan kisah hidupnya yang penuh rintangan tetapi berjaya menjana pendapatan bulanan RM20,000 dan terus dijadikan inspirasi.

Seorang peserta bootcamp yang juga ibu kepada tiga anak, YuslizaYahaya berkongsi keterujaannya menghadiri kursus itu dan mengakui mula bersemangat untuk mencari pendapatan tambahan.

Menurutnya, kesibukan menguruskan anak tidak menjadi halangan dan penjualan produk Harqis secara dalam talian menjadi lebih mudah dengan tips yang dikongsi dalam bootcamp.

“Saya mempunyai seorang anak istimewa dan tumpuan serta masa lebih banyak untuk dia. Namun saya berjaya meraih pendapatan bersih sebanyak RM20,000 sebulan.

“Saya hanya menjual produk-produk Harqis dari rumah, tanpa kedai tanpa pekerja. Kunci kejayaan saya adalah mengurus masa dengan baik,” ujarnya.

Menurut Nur Saidatul Akma, kisah yang dikongsikan Yusliza itu memberi kesedaran kepada seluruh peserta.

Leader Siti Abdul Sani sebak selepas menceritakan terlalu banyak yang telah dicapai bersama Harqis Empire dan terharu dengan keikhlasan Founder mendidiknya untuk berjaya.

Leader Siti Abdul Sani sebak selepas menceritakan terlalu banyak yang telah dicapai bersama Harqis Empire dan terharu dengan keikhlasan Founder mendidiknya untuk berjaya.

“Kita sering anggap ujian yang kita lalui sangat berat dan sukar untuk berjaya. Sebenarnya ada orang lain yang lebih berat ujiannya.

“Jika ada keinginan luar biasa untuk berjaya dan mahu keluar dari kepompong kemiskinan, tidak mustahil kejayaan mampu kita genggam,” tegasnya.

Beliau menyifatkan bootcamp telah menaikkan semangat leader dan membawa arah tuju positif untuk membantu kejayaan syarikat Harqis Empire.

“Mereka merasa dihargai apabila syarikat menjadikan mereka sebagai tulang belakang kepada kejayaan kami,” katanya.

PROFIL

Nama: Nur Saidatul Akma Jamaruddin

Umur: 31 Tahun

Asal: Mentakab,Pahang

Nama Suami: Muhammad Aswadi Abdul Wahap

Umur: 34 Tahun

Bilangan anak: 2 orang

Syarikat: Harqis Empire Sdn Bhd

Stokies:50 orang

Leader: 35 orang

Ejen: 915 orang

No telefon: 09-2771055

Instagram: @harqisempire.hq

Facebook: Harqis Empire

REAKSI

“Bootcamp telah membuka mata dan semangat untuk saya bekerja kuat melariskan produk Harqis. Saya nampak hala tuju lebih jelas dan tahu apa yang akan dilakukan terhadap ejen bawahan.” – Leader, Marlini Omar

“Perkongsian salah seorang leader memberi motivasi kepada saya bahawa kepayahan itu bukan satu halangan, sebaliknya cuba mengeluarkan potensi diri untuk capai kehidupan lebih baik.” -Leader, Azizah Mokhtar.

“Bootcamp ini memberi semangat luar biasa dan keyakinan diri kepada saya untuk bekerja keras dalam usaha meningkatkan jualan produk Harqis Empire.” – Leader, Nur Izzati Ahmad Safri.

“Saya banyak belajar cara berdisiplin dan keadah pemasaran dalam Bootcamp ini. Program ini memberi makanan jiwa dan mental saya untuk menjadi seorang leader yang berkarisma.” – Leader, Haziqah Reduan.

“Jika dulu saya takut dan tiada keyakinan untuk ke depan tetapi selepas program Bootcamp saya sedar semua itu tidak membantu untuk berjaya. Saya perlu berani mempromosi produk Harqis Empire untuk tingkatkan jualan,” – Leader, Ayu Ariffin.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Fomca gesa BNM desak syarikat insurans tidak guna ‘Endorsement 106’
Next: Tenggiri jeruk dari resipi arwah ibu

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.