Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Petronas teruskan tradisi 22 tahun
  • ACTIVITY

Petronas teruskan tradisi 22 tahun

Helmi Aziz January 24, 2020 2 minutes read
601408.jpg

TEKS FB: Kempen Coffee Break di 160 stesen minyak Petronas sempena Tahun Baru Cina

KUALA LUMPUR – Sebanyak 160 stesen minyak Petronas seluruh Malaysia mengambil bahagian dalam kempen Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bermula semalam.

Pengarah Urusan Petronas Dagangan Berhad (PDB), Azrul Osman Rani berkata, kempen yang menjadi tradisi sejak 22 tahun lalu itu diadakan bukan sahaja untuk menghargai pelanggan setia mereka tetapi membantu meningkatkan kesedaran tentang keselamatan di jalan raya.

Menurutnya, kempen itu terbahagi kepada dua fasa iaitu mulai 23 dan 24 Januari bagi fasa pertama serta 1 dan 2 Februari untuk fasa selanjutnya.

“Kita dah masuk tahun ke-22 buat kempen Coffee Break dan membina kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Tahun ini agak istimewa kerana kita ada lebih ramai rakan kongsi baharu yang menyokong kempen ini.

“Selain pemberian kopi segar dan snek ringan percuma kepada pelanggan, kita juga memberi baucar diskaun serta tawaran promosi hebat yang lain,” katanya selepas melancarkan Kempen Coffee Break sempena sambutan Tahun Baru Cina di Stesen Petronas Taman Teknologi Malaysia (TTM) di sini semalam.

Azrul Osman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDB berkata, sempena kempen itu, pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran promosi dan ganjaran di stesen minyak Petronas terpilih.

Azrul Osman (enam dari kiri) dan Ketua Divisyen Perniagaan Runcit, Khalil Muri (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan Petronas pada Kempen Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Technology Park Malaysia semalam. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Azrul Osman (enam dari kiri) dan Ketua Divisyen Perniagaan Runcit, Khalil Muri (lima dari kanan) bergambar bersama kakitangan Petronas pada Kempen Petronas Coffee Break di Stesen Petronas Technology Park Malaysia semalam. – Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

“Pelanggan dapat menikmati tawaran itu melibatkan barangan yang dijual di Kedai Mesra, Tealive, Setel, Dunkin, Shopee dan Touch n Go.

“Khusus untuk pelanggan Petronas, PDB tawarkan sambutan penuh kegembiraan dengan pelbagai keistimewaan. Tahun ini kita mahu memberikan ganjaran lebih besar kepada pelanggan setia,” katanya.

Azrul Rani berkata, selari dengan hasrat memastikan pemandu selamat ketika berada di atas jalan raya, pihaknya turut menawarkan pemeriksaan motosikal secara percuma dengan kerjasama Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd.

Menurutnya, PDB turut mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan ST John Ambulans yang membantu melancarkan kempen itu.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Waspada jika sering tak cukup tidur, dengkur luar biasa
Next: ‘Kami bukan mat rempit’

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.