6 perkara anda wajib tahu ketika beraya di rumah orang

AIDILFITRI bakal menjelma tidak lama lagi. Masing-masing sudah berhasrat untuk menziarahi keluarga dan saudara mara di kampung. Dalam kemeriahan menyambut raya, jangan lupa ya menjaga adab di rumah

tetamu lebih-lebih lagi anak-anak. Pastikan mereka ‘behave’, jangan sampai gara-gara anak, anda bermasam muka dengan tetamu. Di sini femina kongsikan tip beraya di rumah tetamu

1) Beri salam

Sebaik sampai di halaman rumah tetamu, pastikan anda memberi salam. Bila tuan rumah jemput, baru anda masuk ke rumah ya!

2) Jangan terburu-buru jamah hidangan

Ambil masa sebentar bertanya khabar dan bersembang dengan tuan rumah. Bila dijemput makan dan minum, barulah anda ajak suami/isteri dan anak-anak ke meja makan.

3) Elak main telefon bimbit

Sejak zaman teknologi ini, ramai yang tidak renggang dengan telefon bimbit masing-masing dan sibuk melayari laman sosial. Apa kata kali ini anda ketepikan telefon bimbit dan ambil peluang bersembang. Jangan sampai orang anggap anda ‘anti sosial’.

4) Kawal pergerakan anak-anak

Jangan biarkan anak-anak berlari dan memasuki bilik tidur tetamu seolah-olah seperti rumah sendiri. Kawal mereka, jangan sampai pasu bunga rumah tetamu pecah. Nanti lain jadinya.

5) Makan dengan tertib

Pastikan makanan yang dimakan habis dan jangan sampai tumpah. Jika tidak disengajakan, ambil tisu atau kain bersihkan tempat yang kotor itu. Jangan balik selagi tumpahan itu tidak dibersihkan.

6) Jangan buka angpau raya depan tetamu

Jangan benarkan anak-anak buka angpau yang diberi di hadapan tuan rumah, ia akan membuatkan tuan rumah kecil hati jika anak anda protes pemberian yang diberi dalam jumlah yang kecil. Sebaik-baiknya, anda ambil dari tangan anak dan simpan.

7) Elak bersembang pasal politik

Jangan sesekali buka cerita pasal politik tanah air. Ia akan menyebabkan masing-masing tidak berpuas hati dan bermasam muka. Seperti yang kita tahu, masing-masing mempunyai agenda politik yang berbeza.

#Selamat Hari raya!

Jangan biarkan anak-anak membuka angpau di hadapan tetamu.

Jangan biarkan anak-anak membuka angpau di hadapan tetamu.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *