Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 50 peratus rabun jauh menjelang 2050
  • ATTRACTION

50 peratus rabun jauh menjelang 2050

Helmi Aziz November 14, 2019 2 minutes read
527454.jpg

Focus Point ambil pendekatan melawat kawasan pedalaman, beri kesedaran kepentingan mata

KAJIAN mengenai rabun jauh atau myopia yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun 2016 menunjukkan, 10 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami masalah penglihatan tanpa mengetahuinya.

Tinjauan sama juga menunjukkan ramai kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun mengalami masalah berkaitan mata yang boleh menyebabkan ‘kelusuhan’ penglihatan berpanjangan malah buta jika tidak diubati dengan segera.

Kadar rabun jauh sedunia kini adalah 30 peratus dan dijangka meningkat kepada 50 peratus menjelang tahun 2050 iaitu hampir 1,000 juta orang.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad (Focus Point), Datuk Liaw Choon Liang berkata, kebanyakan kita menyangka penglihatan hanya semakin berkurangan apabila semakin tua.

Hakikatnya rabun jauh dalam kalangan murid sekolah sedang meningkat pada kadar yang menakutkan.

“Perangkaan itu mengejutkan dan mendorong kami untuk mempelopori usaha ini.

“Bersama rakan kerjasama, kami akan melawat sekolah terpilih di seluruh negara termasuklah di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa kesihatan mata, di samping mengajar kanak-kanak sekolah mengenai betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan mata mereka,” katanya sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2019 di ibu negara baru-baru ini.

Hadir merasmikan program, Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia Datuk Seri Garry Chua.

Bagi meraikan hari tersebut, Focus Point telah menganjurkan beberapa aktiviti bermula 7 Oktober hingga 13 Oktober.

Menurut Choon Liang matlamat Focus Point, mendidik orang ramai mengenai kepentingan penglihatan dan penjagaan mata yang sewajarnya.

“Isu-isu seperti peningkatan rabun jauh atau myopia dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda, kelusuhan penglihatan dan buta juga sebenarnya boleh dielakkan.

“Bagi kawasan pedalaman di negeri-negeri terpilih, kami mengajar cara dan tabiat yang terbaik untuk menjaga kesihatan mata mereka, menjalankan pemeriksaan dan memberikan cermin mata kepada mereka yang memerlukannya,” katanya tentang program yang turut mendapat kerjasama Yayasan OneSight dan Kiwanis Malaysia itu.

Ujarnya lagi, sehingga kini, program bantuan sekolah Focus Point telah menampakkan kesan positif di lebih 80 buah sekolah di seluruh negara.

Sebanyak 600 kaca mata juga telah disasarkan sebagai sumbangan kepada pelajar yang memerlukannya.

Maklumat lanjut mengenai Focus Point dan usaha-usahanya bagi Hari Penglihatan Sedunia, layari www.focus-point.com atau https://www.facebook.com/FocusPointFP.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hari Penglihatan Sedunia, layari https://www.iapb.org/advocacy/world-sight-day



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Seleksi tepat kasut bola
Next: Zhang Yu paling gagah Asia Tenggara 2019

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.