5 laman web sains menarik

5 laman web sains menarik

PENDIDIKAN interaktif menjadi salah satu pendekatan terbaik untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik sekali gus membantu memahami subjek baharu.

Jika anda mencari laman web sains yang unik untuk pembelajaran interaktif, maka lima portal yang dicadangkan interestingengineering.com ini sesuai untuk dikongsi.

1) Edheads menjadi inspirasi saintis muda

Edheads adalah sumber pendidikan dalam talian yang menyediakan permainan sains dan matematik selain aktiviti yang mempromosikan pemikiran kritikal. Hanya pilih daripada mesin mudah, pembedahan lutut maya atau baiki Stem Cell Heart, semua aktiviti yang disediakan memenuhi piawaian negara dan kebangsaan.

2) Common Sense pendidikan percuma dunia digital

Common Sense melancarkan program pendidikan percuma berasaskan penyelidikan, termasuk kurikulum K-12 untuk menyokong kepentingan literasi media dan kemahiran digital untuk pelajar. Rancangan pengajaran dan pembelajaran (P&P) direka berteraskan teknologi untuk memastikan pengguna cilik daripada semua latar belajar mempunyai akses sama untuk menavigasikan dunia digital

3) Teachers TryScience penuh ekperimentasi

Sebuah laman web yang direka khusus untuk mencetuskan minat minda muda dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Secara dasarnya, laman web ini bertujuan untuk membawa pembelajaran berasaskan reka bentuk kepada kanak-kanak di rumah atau di sekolah selain membantu ‘menyelesaikan masalah dalam sains alam sekitar, pelajar mungkin perlu menggunakan konsep dan kemahiran sains fizik, kimia dan sains bumi.’

4. The Exploratorium beri pengalaman hands on

The Exploratorium adalah cabang laman web San Francisco Exploratorium yang menawarkan pengalaman ‘hands on’ yang akan membantu mengajar kanak-kanak mengenai prinsip asas dan saintifik yang lebih kompleks. Ia meliputi subjek bidang sains, biologi, sains bumi sehinggalah kepada astronomi.

5. Science Kids dedah keajaiban sains

Satu lagi laman web pembelajaran interaktif yang memberi tumpuan kepada mengajar anak-anak mengenai keajaiban sains. Laman ini mempunyai pelbagai permainan sains interaktif yang meliputi pelbagai subjek dan bukan sahaja mendidik pemikiran anak muda tetapi membantu mereka mempraktikkan pengetahuan itu untuk kegunaan seharian.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *