3 Varian E-Class baharu dilancar serentak

3 Varian E-Class baharu dilancar serentak

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) memperkenalkan sedan eksekutif E-Class ke pasaran tempatan menerusi dua varian baharu: E 200 SPORTSTYLE dan E 300 Exclusive Line serta Mercedes-Benz E 350 AMG Line setelah berada hampir tiga tahun dalam pasaran tempatan.

Dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD), E-Class menggambarkan gaya, status dan eksklusif dengan kelas tersendiri menerusi penampilan moden yang serba mewah dan eksklusif. Mengekalkan tradisi saiz badan panjang, E-Class mengekalkan reka bentuk baharu menerusi kabin mewah dan kualiti kemasan premium.

Mercedes-Benz E 350 AMG Line

Mercedes-Benz E 350 AMG Line

Semua varian dijana enjin 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan hamburan kuasa berbeza. E-Class ialah produk teras Mercedes-Benz dan kini melalui pelbagai peringkat kemas kini signifikan dalam menawarkan inovasi kelas tinggi, gaya premium dan nilai terbaik.

E 350 AMG Line

E 350 AMG Line dibezakan menerusi penampilan yang lebih sporty dan sofistikated. Ia dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder 2.0 liter baharu. Enjin M264 empat silinder pada model ini diberikan pengecas turbo twin-scroll menggantikan enjin M274 sebelum ini.

Sistem hibrid plug-in pada E 350 e sebelum ini juga digantikan dengan sistem hibrid 48-volt dan juga unit starter-alternator pacuan tali-sawat yang membekalkan kuasa 14hp/150 Nm pada putaran enjin sehingga 2,500 rpm, model E 350 ini dibekalkan dengan kuasa keseluruhan 299 hp dan tork maksima 400 Nm.

Tambahan kuasa 150Nm diperoleh menerusi bersama penghidup generator dipacu oleh tali sawat itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa 5.9 saat.

Sedan itu turut dipasang dengan Pakej Driving Assistance Package. Merangkumi beberapa teknologi keselamatan, ia membantu mengelak pelanggan dan meningkatkan lagi tahap keselamatan pemandu.

Bukan itu sahaja, jentera tersebut juga hadir dengan sistem suspensi Dynamic Body Control. Sistem peredam boleh laras itu menawarkan kelincahan dan keselesaan berdasarkan kepada gaya pemanduan seseorang.

E 200 Sportstyle Avantgarde

Bahagian luaran varian Avantgarde dipasang dengan kemasan krom dan rim 18 inci lima jejari yang ringan.

Selain spesifikasi dalaman dan luaran standard, pakej Sportstyle melibatkan kemasan krom louvre pada bampar belakang yang berwarna hitam berkilat serta paip ekzos yang menyerlah.

E 200 Sportstyle Avantgarde

E 200 Sportstyle Avantgarde

Pada ruang kabin pula, pakej Sportstyle terdiri daripada kemasan bumbung fabrik berwarna hitam, konsol tengah dengan kemasan aluminium karbon cerah, pedal sports bersama getah hitam dan karpet lantai Sportstyle.

Sedan itu digerakkan oleh enjin turbo empat selinder bersesaran 2.0 liter dengan kuasa 197hp dan tork maksimum 320Nm. Dari segi keselamatan, Blind Spot Assist adalah ciri baharu yang ditambah ke dalam varian ini.

Ruang kabin serba mewah Mercedes-Benz E 350 AMG Line

Ruang kabin serba mewah Mercedes-Benz E 350 AMG Line

E 300 Exclusive

Bagi model E 300 pula, ia disertakan pakej Exclusive dengan rim aloi 10-jejari 19-inci, lampu hadapan Multibeam LED bersama Adaptive Highbeam Assist Plus, upholsteri kulit Nappa bersama kulit Artico, kemasan kayu perang berkilat, dan juga kemasan perang ash berkilat pada konsol tengah.

 E 300 Exclusive

E 300 Exclusive

Bahagian luaran model ini juga diberikan ciri standard lain seperti rim aloi lima-jejari 18-inci, lampu hadapan LED High Performance dengan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif serta kamera undur. Dalam kabin, E 200 menerima kemasan Avantgarde yang terdiri dari upholsteri kulit Artico, kemasan aluminium dengan elemen karbon ringan serta kemasan kayu ash hitam pada konsol tengah.

Tampil dengan imej yang elegan bersama gril radiator klasik Mercedes, logo bintang pada bonet yang berbeza dengan E 200 Sportstyle Avantgarde dan E 350 AMG Line.

Jentera itu menggunakan enjin turbo empat selinder bersesaran 2.0 liter dengan kuasa sedikit rendah iaitu 190hp dan tork maksimum 370Nm. E 300 Exclusive kini dilengkapi pakej Lane Tracking yang merangkumi ciri Blind Spot Assist dan Lane Keeping Assist.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *