Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 2,200 warga KMPP sertai Malaysia #QuranHour
  • ATTRACTION

2,200 warga KMPP sertai Malaysia #QuranHour

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
445808.jpg
KEPALA BATAS – Seramai 2,200 warga Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) di sini termasuk penuntut menyertai Malaysia #QuranHour peringkat Pulau Pinang yang diadakan hari ini.

Pengarahnya, Rozaini Ahmad berkata, beliau amat berbesar hati dan bersyukur apabila KMPP dipilih sebagai lokasi penganjuran program ilmiah tersebut.

Menurutnya, melalui penganjuran tersebut, ia dapat meningkatkan nilai kefahaman sahsiah terhadap pelajar dan kakitangan Islam di pusat pengajian berkenaan.

“Program ini saya lihat satu program yang besar yang akan menambah nilai kefahaman sahsiah pelajar. Selama ini, kolej ada menganjurkan program Islamik seperti ini dan dengan adanya Malaysia #QuranHour di KMPP hari ini, ia dapat menambahkan lagi nilai kualiti kepada pelajar.

“Kelebihan program ini adalah warga KMPP terutamanya pelajar dapat mendalami, menghayati dan menguasai al-Quran dengan lebih lagi.

“Ini yang kita mahu tanamkan kepada setiap pelajar. Alhamdulillah, objektif kita tercapai dan saya gembira dengan kehadiran hari ini,” katanya ketika ditemui tadi.

Abd Ghani (kiri) dan Amirul Aiman memegang poster Malaysia #QuranHour selepas selesai membaca al-Quran di KMPP tadi.

Abd Ghani (kiri) dan Amirul Aiman memegang poster Malaysia #QuranHour selepas selesai membaca al-Quran di KMPP tadi.

Rozaini berkata, pihaknya tiada halangan sekiranya KMPP akan dipilih pada masa akan datang menjayakan Malaysia #QuranHour atau program seumpamanya.

“Kami di KMPP sentiasa terima dengan tangan terbuka sekiranya program yang bagus seperti ini diadakan lagi di sini kerana ia memberi manfaat kepada semua warga KMPP.

“Selain itu, ia juga membantu pelajar untuk mendalami dan mencintai al Quran.

“Saya pasti, program ini akan berjaya jika ia kerap diadakan di sini kerana pelajar dan kakitangan kolej dilihat ada kemahuan untuk membaca al-Quran,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Unit Pendidikan Islam dan Moral, Abd Ghani Yusof berkata, Malaysia #QuranHour perlu diteruskan pada tahun seterusnya kerana ia sebuah program yang bagus.

Beliau berkata, beberapa manfaat dapat dikongsi antaranya menyemarakkan budaya membaca al-Quran dalam kalangan terutamanya penuntut KMPP, di samping memberi semangat kepada remaja di luar untuk mencintai al-Quran.

“Bukan sahaja membaca tetapi menghayati maksud yang ALLAH sampaikan melalui al-Quran. Terima kasih kerana memilih KMPP sebagai lokasi penganjuran Malaysia #QuranHour peringkat negeri kali ini,” katanya.

Bagi penuntut jurusan akaun, Amirul Aiman Abdul Wahab, 18, berkata, peluang membaca al-Quran beramai-ramai merupakan satu nikmat yang tidak dilepaskan sambil mengakui teruja berpeluang menjadi peserta Malaysia #QuranHour.

“Semoga program ini dan seumpama Malaysia #QuranHour dapat dianjurkan lagi untuk pelajar seperti kami menyertainya,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sacco kekalkan momentum blazer mutu tinggi
Next: Tip calitan gincu

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.