Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • 1,200 peserta ikuti World #QuranConvention 3.0
  • ATTRACTION

1,200 peserta ikuti World #QuranConvention 3.0

Helmi Aziz March 2, 2023 4 minutes read
2009048.jpg

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Seramai 1,200 peserta dari dalam dan luar negara membanjiri World #QuranConvention (WQC) 3.0 bertajuk ‘Coping With Challenges Surah Al-Sajdah’ anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) melalui pengurus acara, TickTalk TV, yang berlangsung di Dewan Perdana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di sini pada Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff berkata, konvensyen bertaraf antarabangsa itu memfokuskan kepada empat cabaran iaitu kewangan, kerjaya, keluarga dan sosial atau spiritual dengan memberi solusi berpandukan al-Quran dan sunnah.

Menurutnya, ia merupakan program besar terakhir di bawah kempen #QuranHour tahun ini untuk membawa misi Surah Al-Sajdah dalam memberi solusi dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan hari ini.

Kata beliau, surah Al-Sajdah mengajak umat manusia bersujud kepada ALLAH SWT untuk mencapai kejayaan dan kemenangan.

“Formula bersujud dapat menghancurkan kesombongan manusia dengan solat, infak dan sabar. Jadi ini bukan sekadar konvensyen, tetapi membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.

“Usaha berterusan dalam mengajak manusia berinteraksi dengan al- Quran melalui baca, faham dan amal itu bertujuan membina kerangka fikir dan transformasi potensi diri berlandaskan nilai-nilai al-Quran,” katanya ketika ditemui pada konvensyen berkenaan.

Program sehari berkenaan menjadi platform pencerahan kerana resolusi diperincikan oleh para penceramah yang terkenal dengan kepakaran masing-masing dan dalam kajian al-Quran.

Penceramah dan qari datang dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Bangladesh, Palestin, Mesir dan Amerika Syarikat.

Antara penceramahnya adalah Penasihat Global Shariah, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir; Pengasas Bayyinah Insitute for Arabic & Qur’anic Studies, Nouman Ali Khan; pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari; Tokoh Huffaz Nusantara, Dr Ahsin Sakho Muhammad Asyrofuddin dan Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Fazrul Ismail.

Peserta wanita khusyuk mendengar ucaptama yang disampaikan pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari. - Foto SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

Peserta wanita khusyuk mendengar ucaptama yang disampaikan pendakwah dari Bangladesh, Shaykh Mizanur Rahman Azhari. – Foto SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

Manakala barisan qari terdiri daripada Qari My #QuranTime, Tirmizi Amir; Imam dari Palestin, Sheikh Rami As-Sousi; Johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke 61, Abdul Khair Jalil dan Imam Mesir, Syakh Abdullah Sobhi Marei.

Konvensyen berkenaan dihoskan oleh selebriti Indonesia, Erik Syam Pratama dan Daie Muda Antarabangsa dari Malaysia, Hifdzi Zaim Zamri, manakala peserta luar negara datang dari Bangladesh, India, Singapura, Brunei, Indonesia, Iran dan Turki.

Marhaini menegaskan, ramalan bahawa negara akan berhadapan dengan masalah ekonomi dan bencana alam pada tahun hadapan dikhuatiri mengundang pelbagai masalah kepada diri, keluarga dan rakyat.

Tambah beliau, ia termasuklah cabaran kewangan, kerjaya, keluarga dan sosial atau spiritual yang perlu ditangani dengan ‘divine intervention’ (campur tangan ALLAH).

“Oleh itu, konvensyen ini diharapkan membantu masyarakat untuk mengambil formula daripada ALLAH SWT iaitu al-Quran sebagai solusi dalam menghadapi pelbagai cabaran tersebut. Kita perlukan kekuatan dalaman dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Slot perkongsian tentang cabaran kerjaya yang menampilkan Pengarah Urusan Kumlulan Dagang NeXchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin menarik perhatian peserta wanita. - Foto SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

Slot perkongsian tentang cabaran kerjaya yang menampilkan Pengarah Urusan Kumlulan Dagang NeXchange Berhad, Tan Sri Syed Zainal Abidin menarik perhatian peserta wanita. – Foto SINAR HARIAN/RAFEQ REDZUAN

“Pihak WUIF berharap WQC ini dapat diteruskan dalam siri jelajah ke seluruh dunia. Sehingga kini, Iran, India, Singapura dan Brunei berminat untuk menjadi penganjur bersama bagi program ini,” ujar beliau.

Marhaini berkata, disebabkan program kali ini mendapat sambutan menggalakkan pihaknya akan melanjutkan konvensyen itu ke dua hari pada tahun depan iaitu akan adakan pada 2 dan 3 Disember 2023.

WQC 3.0 dinaungi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), dengan kerjasama rakan sinergi, MITI, Puspanita Cawangan MITI, Surau Ar-Rahman MITI, Kumpulan Karangkraf, Rumah Ngaji, Akademi Cordoba, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Paragon Corporation melalui jenama kecantikan Wardah dan dandanan lelaki, Kahf menjadi penaja utama, selain Grup Buku Karangkraf, Karya Bestari Sdn Bhd, NIMS Adeliciousz Sdn Bhd dan Islamic Tourism Centre manakala Sinar Harian dan TV AlHijrah pula menjadi rakan media.

Untuk rekod, WQC 1.0 bertemakan Surah Al-Kahfi di bawah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) telah dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2019.

WQC 2.0 yang membawa Surah Al-Mulk pula berlangsung pada tahun lalu dan diadakan secara dalam talian ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan Covid-19.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Siapa lebih cepat kurus? – Sinar Harian
Next: Tekstur unik, polos hijab Putri N. Rex

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.